Marian Rivera Sedlh Ank Dih1na?

Pelakon jelita Marian Rivera diulit bahagia apabila hidupnya serba sempurna. Di Filipina, dia bukan sahaja selebriti terkenal bahkan ikon aktivis sosial yang cukup disegani masyarakat.

Dalam kehidupan peribadinya pula, pelakon kelahiran Madrid, Sepanyol itu dicemburui ramai wanita apabila dua tahun berturut-turut mendominasi carta Wanita Paling Seksi. Lebih menarik, Maria berada di kedudukan teratas sebagai Pelakon Wanita Tercantik Asia Tenggara sekali gus mengetepikan Dian Sastrowardoyo dari Indonesia.

Bintang hebat berusia 31 tahun ini juga menikmati bahagia berganda apabila dikurniakan puteri sulung bernama Maria Letizia yang kini berusia lima bulan.

Bayi kecil yang mesra disapa Zia itu sudah banyak menghiasi majalah dan akan muncul dalam iklan komersial.

Kata Marian, sebagai ibu dia tidak kisah jika anaknya mendapat pelbagai tawaran dalam bidang seni tetapi seboleh mungkin dia mahu menjaga privasi puterinya itu.

“Saya mahu Zia menikmati hidup normal seperti kanak-kanak lain tetapi apakan daya apabila saya berada dalam bidang ini, dia pasti menjadi perhatian banyak pihak.

“Seboleh mungkin saya akan menjaga privasi Zia tetapi tetap akan berkongsi gambarnya apabila perlu untuk tatapan peminat. Bagi saya itu sudah mencukupi,” kata isteri kepada aktor kacak Dingdong Dantes ini.

Dalam teruja berkongsi kisah puterinya itu, Marian mengakui sebagai ibu dia sedih apabila ada pengikut di laman Instagram mengejek Zia warga kulit hitam.

Enggan memanjangkan perkara itu, pelakon yang popular dengan drama Marimar, Dyesebel, Darna dan Amaya ini menyelar individu yang menghina anaknya dengan menulis kata peri­ngatan di Instagram miliknya.

“Kadangkala manusia melampau ketika berkata-kata.

“Bagaimanapun, saya dan suami tidak ambil pusing apa yang mereka cakap atau tulis. Malah, saya tidak melayan sebarang komen negatif kerana mereka boleh menyakiti dan membuat saya bertindak di luar kawalan,” katanya.

Ketika ditanya adakah dia akan memuat naik gambar anaknya lebih kerap selepas kejadian itu, Marian berkata, bergantung kepada keadaan.

“Kami akan pertimbangkan. Lagipun, waktu saya bersama anak lebih penting. Saya mahu menghabiskan banyak masa dengannya.

“Lagipun saya sudah menempuh fasa yang sukar untuk melahirkan Zia tetapi perasaan itu berubah bahagia apabila dia ada depan mata saya,” kata Marian.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:mymetro

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Marian Rivera Sedlh Ank Dih1na?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*