Ruam Merah Penvhi W4jah Dewi Perssik, Kesan J4ngkitan C0v1d-19

SETELAH sebulan mengasingkan diri, akhirnya penyanyi dangdut Indonesia, Dewi Perssik tampil mengakui dia kini dalam proses pemulihan selepas disahkan positif Cov1d-19 bulan lalu.

Dewi Perssik atau nama sebenarnya, Dewi Murya Agung, 35, membuat pendedahan mengejutkan itu menerusi Instagram.

Bersama pengakuan itu penyanyi lagu Semua Karena Cinta berkenaan turut berkongsi foto menunjukkan ruam merah di bahagian wajah dan dadanya.

“Saya sakit kena Cov1d-19. Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan untuk sihat, saya sudah sembuh sekarang.

 

Dewi Perssik berkongsikan pengalamannya dijangkiti Cov1d-19.

“Saya salah seorang yang beruntung untuk sembuh, sudah periksa dua kali Alhamdulillah dan disahkan negatif. Sekarang sudah sembuh dan dalam proses pemulihan,” katanya.

Bercerita mengenai kesan ruam yang kini mula menghilang itu, Dewi Perssik berkata ia merupakan gejala bagi individu yang terkena 20 peratus Cov1d-19.

“Kemerahan ini timbul daripada mereka yang 20 peratus dijangkiti Cov1d-19. Saya fikir semua ini adalah satu teguran daripada Allah dan untuk menggugurkan dosa saya.

“Mungkin disebabkan jadual aktiviti seni yang padat sehingga kurang rehat menyebabkan diriku dijangkiti Cov1d-19,” ujarnya.

Saya fikir semua ini adalah satu teguran daripada Allah dan untuk menggugurkan dosa saya.

DEWI PERSSIK

PENYANYI DANGDUT INDONESIA

Dewi Perssik juga mengingatkan semua pihak agar sentiasa berhati-hati dan dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan pandemik itu daripada tersebar.

Penyanyi yang terkenal dengan imej seksi ini turut merakamkan penghargaan terhadap petugas barisan hadapan.

“Cov1d-19 adalah suatu perkara yang nyata (benar-benar berlaku). Sekurang-kurangnya saya tidak menjadi pembunuh dengan menyebarkan virus itu ke mana-mana.

“Gejala yang saya alami adalah gejala ringan… yang lebih berbahaya itu adalah orang tanpa gejala, kerana dia tetap merasa sihat dan berpotensi untuk menularkan terutama kepada golongan yang berisiko,” katanya.

Dalam entri itu juga, Dewi Perssik menzahirkan ucapan penghargaan buat semua petugas barisan hadapan yang sentiasa bekerja bersungguh-sungguh demi memastikan penularan Cov1d-19 dapat dihapuskan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:http://transformasi.pw/2020/12/21/anokk-dhn-pokkk/

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Ruam Merah Penvhi W4jah Dewi Perssik, Kesan J4ngkitan C0v1d-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*