Sempat ‘Upload’ Foto Di Pantai, Lelaki Sepatutnya Nikah Hari Ini Dikhuatiri Lem4s

Hasrat seorang lelaki untuk melangsungkan pernikahan tidak kesampaian apabila dikhuatiri lemas selepas mandi di Pantai Kelulut di Marang, Terengganu petang semalam.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa Naim Hariri Kamaruddin dari Cheras datang bersama ahli keluarga untuk diijabkabul dengan Fatin Nabilah Huda Ismail yang sepatutnya berlangsung pagi ini.

Bapa pengantin perempuan, Ismail Awang berkata khabar duka itu diberitahu oleh anaknya ketika dia sedang memasang khemah.

“Kami bergegas ke tempat kejadian selepas solat Maghrib dan berjumpa ahli kelurga besan. Kami reda dengan apa yang berlaku dan berharap mangsa segera ditemui,” katanya.

Tinjauan di laman Facebook mendapati, rakan-rakan mangsa yang berusia 31 tahun itu turut mendoakan agar pencarian Naim dipermudahkan.

Semoga dipermudahkan urusan kau Naim

Moga awak selamat Naim

Selain itu, difahamkan mangsa sempat memuat naik satu posting di Instastory ketika berada di pantai bersama ahli keluarga sebelum berlaku kejadian tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris, gerakan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa diteruskan hari ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Harian Metro (Zatul Iffah Zolkiply) , Facebook , Instagram Naim Hariri

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Sempat ‘Upload’ Foto Di Pantai, Lelaki Sepatutnya Nikah Hari Ini Dikhuatiri Lem4s"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*