Lepas Setahun Tunda, Balkisyh Akhirnya Sah Isteri Kepada Dvda

Pelakon Balkisyh Semundur Khan, 34, selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Mohd Nazri Zakaria, 34 pada hari ini.

Menurut laporan BH Online, majlis akad nikah mereka diadakan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan menggunakan wali hakim dan hanya disaksikan oleh 20 orang tetamu.

Mereka kemudiannya mengadakan majlis keraian di sebuah restoran di ibu kota yang dihadiri sekitar 50 orang tetamu.

“Alhamdulillah, segala kesukaran untuk mencari bapa kandung, Semundur Khan Gulam Khan sebagai wali diselesaikan dengan bantuan JAWI.
“Pada mulanya, saya berdepan masalah menjejaki bapa kandung untuk dijadikan wali. Namun, selepas masalah ini mendapat liputan media, segala-galanya dipermudahkan. Saya akhirnya bergelar isteri sekali lagi,” katanya.

Terdahulu, kisah pelakon drama Mak Cun itu yang berdepan kesukaran mencari bapa kandungnya untuk dijadikan wali meraih perhatian ramai pihak.

“Saya berusaha mencari bapa termasuk membuat semakan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen, tetapi gagal.
“Saya pernah membuat carian di JPN membabitkan rekod kematian dan alamat terakhir. Selepas dua minggu, saya diberitahu ayah masih hidup sebab tidak ada rekod kematian dan alamat terakhirnya di Tawau, Sabah.
“Malangnya, rumah itu sudah dijual, sejak lima tahun lalu. Dalam semakan Jabatan Imigresen pun ayah tiada rekod keluar masuk negara, sejak empat tahun lalu.

“JAWI akhirnya meminta saya menghantar permohonan untuk menggunakan wali hakim,” katanya yang sudah lapan kali turun naik pejabat agama, namun permohonannya tetap ditolak.

Menurut pelakon berasal dari Lahad Datu itu, dia mengenali suaminya yang juga seorang petugas barisan hadapan sejak tiga tahun lalu

“Suami berstatus duda dan tiada cahaya mata. Saya bersyukur dipertemukan dengan lelaki yang boleh menerima pahit getir hidup saya. Lebih utama, suami dapat menerima dan serasi dengan dua cahaya mata saya.
“Dia sangat tabah dan sanggup melalui kegetiran hidup bersama saya. Kebaikan dan keperibadian dimilikinya juga membuatkan hati saya terbuka menerimanya menjadi teman sehidup semati,” ujarnya.

Sebelum ini, Balkisyh pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengarah drama, Mohd Aizad Rosli pada 2007.

Namun, jodoh mereka tidak berpanjangan selepas mengambil keputusan untuk bercerai pada 5 September 2017.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qalesya, 9, dan Muhamad Nor Qaisyh Khan, 4.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:BH Online (Zaidi Mohamad)

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Lepas Setahun Tunda, Balkisyh Akhirnya Sah Isteri Kepada Dvda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*