“Mas4lah Untuk Cik B Sebab Awak ‘Per4h’ Cik B,” Komen Zul Ariffin Pada ABC

Zul Ariffin  selaku juri tetap program Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2), ada memberikan komen sejurus kumpulan ABC selepas membuat persembahan dalam minggu kedua saingan.

Menurut Zul, adalah penting bagi sesebuah kumpulan untuk bekerja di dalam satu pasukan dan seterusnya mengharapkan agar Chiwan dan Achok cuba sama-sama saingi persembahan Cik B.

“Sebelum saya bagi bintang, saya nak sampaikan benda yang penting dulu. Bila berada di dalam sesebuah kumpulan, kerjasama sepasukan itu penting sebab kita tidak boleh bagi kita punya mana-mana ahli kumpulan tertinggal.

“Jadi, sekarang ini daripada minggu lepas, Cik B saya tahu tidak boleh dijangka, sangat-sangat kelakar, Cik B perform bagus. Akan tetapi awak berdua kena catch-up,” komen Zul.

Malah bintang Sangkar ini turut menyifatkan andai ia kekal sedemikian, hal tersebut mungkin boleh memberikan mas4lah kepada kumpulan ABC pada masa depan.

“Sebab terlalu bagi banyak pada Cik B nanti yang lagi dua terciclr. Akan jadi mas4lah untuk Cik B sebab awak akan ‘perah’ Cik B sampai ke minggu-minggu yang akan datang, akan jadi mas4lah kepada grup ini.

“So kalau ‘per4h-per4h’, tidak akan ada apa yang boleh ‘per4h’ lagi dah. Jangan jadikan ia sebagai modal semata-mata, bekerjasama,” katanya.

Zul bagaimanapun tidak menafikan lawak ABC merupakan satu persembahan menghiburkan lalu menghadiahkan 5 Star kepada kumpulan berkenaan.

Terdahulu, persembahan lawak yang ditampilkan trio ini nyata mencvri perhatian ramai.

Lebih-lebih lagi apabila Cik B melakonkan watak ibu sendiri, Datuk Seri Vida yang diundang ke sebuah majlis bagi merasmikan sebuah pusat kecantikan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


ABC menerima markah tertinggi iaitu 54.50 peratus dan turut dipilih sebagai penerima Superstar of The Week manakala Jago tersingklr malam tadi.

Jago yang dianggotai oleh Fiza Thomas, Chot XOXO dan Yus School of Lawak dalam ucapan mereka merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak produksi kerana diberi peluang untuk mencuba program berkenaan.

Selain Jago, kumpulan Zuzuzu Gojes juga turut berada dikedudukan terendah.

MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).

Rata-rata netlzen sangat terhibur dengan persembahan bersahaja Cik B yang disifatkan mempunyai bakat semulajadi dalam melawak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:http://transformasi.pw/2020/12/21/anokk-dhn-pokkk/

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Mas4lah Untuk Cik B Sebab Awak ‘Per4h’ Cik B,” Komen Zul Ariffin Pada ABC"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*