Genap 44 Hari Bergelar Isteri, Pengantin Tvlar H1dap B4rah Hembvs N4fas Terakhir

Sebelum ini, pernah tular di media sosial apabila satu pasangan pengantin bernikah dalam keadaan mempelai wanita terlantar di katil disebabkan menderita barah.

Walau bagaimanapun, perkahwinan mereka tetap diteruskan dan masing-masing menjalani alam rumah tangga dengan bahagia.

Selepas 44 hari bergelar isteri

Walau bagaimanapun, selepas 44 hari bergelar isteri, Siti Fatihah Aireina Hamzah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir semalam. Hal tersebut dimaklumkan sendiri oleh ahli keluarga menerusi akaun Facebook.

Masing-masing menzahirkan rasa sedih namun tetap redha apabila ahli keluarga tersayang dijemput Ilahi selepas sekian lama menanggung derita.

 

Jadi menantu mama yang dicintai & disayangi

Dalam pada itu, ibu mertua kepada allahyarham juga sempat memuat naik sedikit nukilan bagi mengingati menantunya yang sudah meninggal dunia.

Menurut Rohana Jusoh, dia amat bersyukur dikurniakan seorang menantu yang sangat baik walaupun hanya 44 hari. Dia juga berharap agar anak lelakinya tabah dan redha dengan ujian Allah apabila isteri tercinta sudah kembali ke negeri abadi.

 

Bacaan yassin & tahlil selesai

Majlis doa selamat dan juga tahlil buat allahyarham Siti Fatihah Aireina Hamzah juga sudah dilakukan semalam bagi menyedekahkan pahala bacaan Yassin kepada roh arwah.

Bacaan tersebut di laksanakan di Rumah Amal Raudhatul Jannah dan pihak rumah amal tersebut turut sama menzahirkan ucapan takziah buat keluarga allahyarham.

Untuk makluman, Siti Fatihah Aireina Hamzah dan pasangannya Aiman Adam pernah tular di media sosial kerana meneruskan majlis pernikahan walaupun ketika itu allahyarham sudah tidak mampu bangun dari katil disebabkan barah.

Namun, pengantin lelaki tetap mahu meneruskan pernikahan itu kerana begitu mencintai wanita tersebut. Mereka bernikah pada 16 November 2020 kira-kira sebulan yang lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:omm

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Genap 44 Hari Bergelar Isteri, Pengantin Tvlar H1dap B4rah Hembvs N4fas Terakhir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*