Kant0i Berhubung Melalui Telefon, Ayah Bertegas Nak Mereka Kahwin

Mendirikan perkahwinan pada usia yang muda tentunya bukan satu perkara yang asing dalam masyarakat, namun agak jarang berlaku apabila kedua-dua mempelai baru sahaja mencecah usia belasan tahun.

Baru-baru ini, tular pasangan pengantin belasan tahun apabila video dan foto mereka yang mengenakan busana pengantin dipaparkan di laman sosial malah mengundang perdebatan dalam kalangan netizen mengenai perkahwinan mereka yang berlangsung dalam usia yang muda.


Menerusi laporan Harian Metro, pasangan ini telah berkenalan sejak 8 bulan lalui dan saling berhubung menerusi telefon bimbit sebelum hubungan tersebut diketahui keluarga Ahmad Faris Umar,17.

Tidak sangka akan bergelar suami isteri seawal ini, pasangan ini menganggap bahawa ini semua sudah ketentuan Allah.

Nur Irdina, 15, berkata, keluarga Ahmad Faris Umar datang berjumpa keluarganya dan mencadangkan agar disatukan mereka berdua untuk menghalalkan hubungan.

“Ketika diberitahu mengenai perkara itu, saya agak terkejut dan langsung tidak menyangka bahawa keluarga akan mengambil keputusan sedemikian namun saya tidak membantah malah sedikit teruja.

“Segala persiapan dilakukan dalam tempoh dua bulan malah segalanya dipermudahkan sehinggalah pada 20 Disember lalu saya sah menjadi isteri,” katanya.

Ahmad Faris Umar pula berkata, perkenalannya dengan isteri adalah pada awalnya sebagai pembeli dan penjual dalam talian.


Dia yang membeli kabel telefon daripada Nurin Irdina berjumpa buat kali pertama selepas barangan yang dipesannya itu dihantar ke rumah dan sejak itu mereka berhubung menerusi telefon bimbit.

“Sebaik mendengar cadangan daripada emak agar saya berkahwin, memang tidak percaya dan anggap ia satu gurauan namun apabila mengetahuinya adalah serius, saya terus bersetuju.

“Buat masa kini kami berulang-alik di rumah saya di sini manakala rumah Nurin di Kampung Chawas, tidak jauh dari sini dan saya sebelum ini bekerja dengan syarikat ayah yang mengusahakan perniagaan hartanah namun kini akan memberi fokus kepada perniagaan dalam talian bersama isteri,” katanya.

Merurut ibunya, Zalaha Hassan, 56 berkata, keputusan untuk mengahwinkan anak bongsunya itu disepakat bersama suami, Alwi Ismail, 63, yang ingin segera menghalalkan hubungan.

Dia berkata, suaminya seorang yang tegas dan sebaik mengetahui dua remaja itu sedang berhubung walaupun hanya menerusi telefon, tanpa berfikir panjang mereka segera membuat keputusan untuk menghalalkan hubungan.

“Faktor usia muda bukan isu utama bagi kami dan apa yang lebih penting adalah menghalalkan mereka kerana di zaman sekarang, banyak isu sosial yang semakin membangkan dan sekurang-kurangnya ia jalan terbaik buat mereka berdua,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:redaksi

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Kant0i Berhubung Melalui Telefon, Ayah Bertegas Nak Mereka Kahwin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*