“Kartel Daging Ajak Bincang, Import Daging Kangaru Masih Berlakv” PPIM Mula B0ngkar

BERITA | Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mendakwa mereka dihubungi syarikat-syarikat rangkaian kartel daging untuk ‘berbincang’ mengenai isu berkenan.

Pengerusi PPIM Nadzim Johan bagaimanapun berkata pihaknya tidak berminat untuk melayan cadangan tersebut.

“PPIM ada maklumat, kartel menghubungi kami tapi saya malas nak layan,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama aktivis PPIM Sheikh Abdul Karim Said Khadaied.

Ketika diminta mengulas lanjut apakah kartel daging itu mengajak berunding, Nadzim berkata dia tidak melayani permintaan mereka untuk berjumpa kerana tidak mahu terbabit dalam isu itu.

Isu kartel daging import mula mendapat perhatian ramai selepas media melaporkan kegiatan menyeludup daging sejuk beku dari luar negara sebelum membungkus semula daging berkenaan dengan menggunakan logo halal dan menjualnya di pasaran seluruh Malaysia.

Perkara itu dibongkar oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) yang mengenal pasti tiga jenama popular produk daging sejuk beku keluaran Australia yang diproses di sebuah kilang sejuk beku.

Nadzim turut mendedahkan ada pihak sengaja memainkan isu bahawa Malaysia tidak sesuai menjadi hab penternakan lembu.

Menurut Nadzim, berdasarkan semakan, dakwaan itu datang daripada rangkaian kartel yang turut terbabit dalam isu yang dibangkitkan kebelakangan ini.

Selain itu, Nadzim juga mendedahkan maklumat diterima pihaknya mengenai kewujudan daging kanggaru menggunakan status halal sejak 1981 lagi.

Katanya, perkara berbangkit mengenai halal perlu diselesaikan pihak berwajib kerana ia membabitkan imej negara sebagai peneraju pensijilan halal.

“Saya dihubungi menerusi nota dari rakan luar negara bertanyakan isu ini. Imej kita terjejas. Kita semua perlu melakukan sesuatu bagi mengatasi perkara ini,” katanya.

Menurut Nadzim lagi berdasarkan maklumat yang diterima PPIM sehingga kini kegiatan mengimport ekor kanggaru masih ada. – 31 Disember 2020 (@Malaysiakini)

Isu kartel daging sejuk beku nampaknya terus menggoncang negara selepas pendedahan akhbar Sinar Harian sejak November lalu.

Kartel daging c4lar imej Malaysia hub halal dunia

Isu kartel daging sejuk beku nampaknya terus menggoncang negara selepas pendedahan akhbar Sinar Harian sejak November lalu.

Satu demi satu pembongkaran akhbar ini kini telah berjaya merungkai betapa besarnya perniagaan kartel daging itu yang telah berleluasa dan berakar umbi di Malaysia.

Ternyata angkara perbuatan penguat kuasa korup yang bersekongkol dengan dalang kartel, ia telah mencalarkan nama Malaysia sebagai hub halal di mata dunia.

Walaupun pahit untuk ditelan, kita terpaksa menerima hakikat bahawa isu kartel daging sejuk beku ini membuktikan betapa lemahnya kawalan kita terhadap bekalan makanan halal di Malaysia.

Lantas, ia membawa kita kepada banyak persoalan lain mengenai bekalan makanan halal di negara ini. Adakah kita boleh mempercayai status halal makanan-makanan lain terutamanya yang diimport dari luar negara?

Dan sejauh mana kita boleh mempercayai juga penguat kuasa dan agensi yang selama ini mengawal pintu masuk negara dalam proses import eksport makanan?

Yang pasti, kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh berdiam dan berpeluk tubuh lagi. Walaupun ada beberapa agensi yang mungkin bersikap tuding jari untuk mengelakkan kesalahan diletakkan ke atas bahu mereka, hakikatnya ini bukanlah masanya berbuat demikian.

Ini adalah masa untuk semua pegawai kerajaan bangun dan berjuang habis-habisan.

Hal ini kerana, kartel daging merupakan masalah yang kini menghantui jutaan umat Islam Malaysia yang selama ini meletakkan kepercayaan kepada kerajaan dan agensi-agensinya.

Apatah lagi daripada tinjauan wartawan akhbar ini di seluruh negara, rata-rata kebanyakan peniaga kedai makan, memang menggunakan daging import atas faktor harga yang jauh lebih murah.

Maka, rakyat kini menanti dengan penuh harapan, pertamanya untuk melihat dalang kartel daging dikemukakan ke mahkamah dan keduanya, janji kerajaan untuk memastikan bekalan makanan halal di Malaysia tidak lagi diragui.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:http://trendingsangat.pw/import-daging-ppim/

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kartel Daging Ajak Bincang, Import Daging Kangaru Masih Berlakv” PPIM Mula B0ngkar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*