Bawa Anak Jumpa Bek4s Suami, Ramai Puji Tlndakan Lufya

Setiap pasangan suami isteri yang sudah berpisah pastinya akan mengutamakan kebahagiaan anak-anak mereka sehingga sanggup ketepikan semua sengketa yang pernah berlaku.

Begitu juga bagi pelakon Lutfyah Sheikh Omar atau lebih dikenali sebagai Lufya apabila beliau kini sudah berbaik bersama dengan bekas suami, Dr Che Hafiz demi masa depan anak tunggal mereka iaitu Laana Haura.

Lufya ada kongsikan satu video pendek menunjukkan beliau membawa Haura berjumpa dengan bapanya di sebuah pusat membeli belah.

Caption yang ditulis oleh Lufya membuatkan ramai berasa terharu dengan sikap profesional yang ditunjukkan oleh pelakon dan juga penyanyi itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lufya (@lufyalaana)


Dalam masa yang sama ramai turut berasa teruja melihat reaksi si kecil itu dan berharap agar moment begini dapat diteruskan supaya Haura dapat merasai nikmat kasih sayang daripada ibu bapa.

Untuk makluman, Lufya dan Dr Che Hafiz telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan mengambil keputusan untuk berpisah sekitar Julai tahun 2020 yang lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Hotfm

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Bawa Anak Jumpa Bek4s Suami, Ramai Puji Tlndakan Lufya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*