Aliff Syukri Bantu Mangsa Banjir, Bawa 10 Kereta Pacuan Empat Roda

Pelbagai isu terpalit dirinya, namun sejak kebelakangan ini usahawan kosmetik , Datuk Seri Aliff Syukri dilihat kurang mencetuskan kontroversi seperti kebiasannya. Malah, Aliff kini banyak berkongsikan foto dan video momen bersama keluarga di Instagram.

Sejak beberapa hari lalu, beberapa negeri dilanda bencana banjir besar sehingga ramai terpaksa dipindahkan ke pusat penempatan sementara sekaligus mencetuskan kebimbangan berikutan air naik tinggi sehingga ke paras bumbung rumah.

Bencana banjir tersebut turut mendapat perhatian Aliff yang juga turun padang bersama pasukannya untuk membantu mangsa banjir di Pahang.

Aliff berkata dia terpanggil untuk membantu mangsa banjir di Pahang tersebut ia merupakan negeri tempat kelahiranya dan berharap bantuan diberikan meringankan beban mangsa terlibat.

Dalam pada itu, Aliff berkata dia akan turun ke beberapa tempat terjejas antaranya Maran, Temerloh, Raub dan beberapa tempat lain dengan membawa 10 buah kereta pacuan empat roda.

Perkongsian Aliff itu disambut baik oleh netizen yang mendoakan agar niat baik usahawan itu dipermudahkan dan perjalanan ke sana selamat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:rotikaya

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Aliff Syukri Bantu Mangsa Banjir, Bawa 10 Kereta Pacuan Empat Roda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*