Saklt Di Pergelangan Tangan, Nia Ramadhani Terpksa Jalani Pembed4han

SETELAH seminggu menahan kesakitan pada bahagian pergelangan tangan, pelakon Nia Ramadhani memberitahu dia terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital, baru-baru ini.

Menurut laporan DetikHot, Nia berkongsi mengenai penyakitnya itu semasa temubual dalam program Nyonya Boss yang dimuat naik di laman YouTube pada Isnin.

Kata Nia, dia tidak mengetahui punca dan penyebab kesakitannya sehinggalah bertemu dengan doktor bagi mendapatkan rawatan.

“Saya ke hospital untuk pemeriksaan pada bahagian tangan selepas lebih seminggu terasa sakit di belakang pergelangan tangan.

Nia ketika mendapatkan rawatan doktor baru-baru ini.

“Saya tak pasti apa penyebab kesakitan ini, jadi lebih baik saya periksa dengan doktor. Doakan ya mudah-mudahan saya sihat dan tidak apa-apa,” katanya yang turut memaklumkan pembedahan sudah dilakukan baru-baru ini.

Sementara itu, Nia berkata doktor memaklumkan dia mengalami masalah pada tulang dan perlu menjalani pembedahan segera bagi mengelakkan kesakitan berpanjangan.

Malah, pelakon sinetron Bawang Merah Bawang Putih ini berkata keadaan kesihatannya semakin baik selepas menerima rawatan itu.

Dia turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan suami, Ardi Bakrie yang setia menemaninya sepanjang mendapatkan rawatan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Saklt Di Pergelangan Tangan, Nia Ramadhani Terpksa Jalani Pembed4han"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*