D4h 2 Hari Kak Ton Menangls, Sedlh Ank P0sitif Covid-19

Umum sedia maklum mengenai dugaan melanda pelakon, Harris Anuar yang disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan pertama beberapa hari lalu.

Berita duka itu dikongsi di laman Instagram miliknya dengan berharap agar orang ramai mendoakan kesihatannya kembali pulih dengan segara.

Terbaru, bekas finalis Hero Remaja 2017 itu memuat naik satu video melalui tangkapan skrin panggilan video dia bersama ibunya Zaiton atau lebih popular dipanggil Kak Ton sehingga mengundang sebak warganet.

‘Mommy’ nak Aboy kuat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)


Menerusi video berdurasi dua minit tersebut, Kak Ton yang juga usahawan kosmetik mengakui menangis selama dua hari kerana memikirkan keadaan anak lelakinya itu.

Namun, dia percaya ujian diberikan oleh Allah SWT akan membuatkan keadaan selepas ini kembali pulih seperti sedia kala selain reda serta percaya bahawa Harris kuat menjalani musibah ini.

“Mommy sedih nangis dua hari. Selepas itu, Mommy fikir dugaan ini membuatkan Aboy kuat. Allah bagi ujian maknanya kita yang terpilih. InsyaAllah lepas ini semua yang baik-baik sahaja,” katanya dalam video itu.

Selain itu, Kak Ton juga mendedahkan dirinya terlalu sedih apabila membaca segala komen negatif yang dilontarkan pada posting anaknya sebelum ini dimana rata-rata netizen hanya tahu menghentam sahaja.

“Manusia ni ada sifatnya yang bila orang jatuh lagi dia hentam sebab selagi tak kena dekat mata hidung dia sendiri, dia takkan tahu apa yang berlaku. Yang penting Aboy anak yang baik tak pernah hampakan Mommy,” tambahnya.

Perbualan yang dikongsi itu membuatkan netizen turut sebak dengan kecekalan dan kekuatan dua beranak tersebut.

Doa ibu paling mujarab

Semoga cepat sembuh

Sedihnya! Kak Ton nangis kita pun nangis

Jangan layan kata2 orang

Diharapkan agar Harris sentiasa berlapang dada menerima dugaan ini kerana Allah SWT tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuan seseorang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:OMM

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "D4h 2 Hari Kak Ton Menangls, Sedlh Ank P0sitif Covid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*