”Anakku Hari Ni Ayah Datang Menggantikanmu,” Kelibat Bapa Datang Terima Skrol Arwah Ank Buat Ramai Seb4k

Setelah berhempas-pulas menyambung pelajaran sehingga ke peringkat universiti, pastinya hari konvokesyen paling ditunggu-tunggu oleh semua penuntut. Penat lelah seakan terbayar apabila berjaya menggenggam segulung ijazah.

Ibu bapa antara insan yang paling gembira melihat kejayaan yang diraih oleh si anak. Ada antaranya yang tidak dapat menahan perasaan, tanpa sedar mengalirkan air mata sewaktu melihat si anak berjalan ke pentas menerima skrol. Siapa yang tidak bangga anak yang diasuh dan dididik dari kecil kini berjaya menamatkan pengajian.

Namun, lain pula dengan seorang bapa kepada Rina Muharrami, mahasiswi dari Banda Acheh yang meninggal sebelum hari konvokesyennya. Bapa berkenaan mewakili puterinya itu untuk naik ke atas pentas bagi menerima skrol. Sebak, apabila beliau disambut dengan pelukan oleh penyampai skrol, tepukan dan linangan air mata oleh penonton.

Difahamkan, Rina merupakan mahasiswi Program Studi Pendidikan Kimia, Fakultas Tarbiyah dan Keguruan di Universitas Islam Negeri Ar-Raniry. Dia merupakan anak sulung kepada Bukhari.

Rina sebelum ini pernah 3 kali menunda pengajiannya atas faktor kesihatan. Namun, dia tekad untuk menghabiskan pengajian pada 4 Februari lalu dengan menduduki ujian dan disahkan lulus.

Tetapi gadis cekal ini, dijemput menghadap Ilahi sehari selepas itu, pada 5 Februari lalu kerana menderita penyakit usus tahap akhir yang kemudian merebak kepada saraf.

Video menyentuh hati bapa Rina menerima skrol bagi pihak anaknya itu menjadi viral di Twitter dan dikongsi oleh ribuan pengguna.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:acehtrend via siakapkeli

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "”Anakku Hari Ni Ayah Datang Menggantikanmu,” Kelibat Bapa Datang Terima Skrol Arwah Ank Buat Ramai Seb4k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*