Satu Dvnia Tertanya-Tanya Di Mana Jack Ma, ‘H1lang’ Lepas Kritik Sistem Kewangan China, Ini Klsah Sebenar…

Pengasas Alibaba, Jack Ma adalah usahawan dan hartawan dari China yang sememangnya dikenali satu dunia. Kejayaannya menjadi inspirasi ramai orang dan dia juga sering dilihat membuat penampilan dalam rancangan televisyen.

Namun, persoalan mula timbul apabila Jack Ma tidak muncul dalam episod akhir program realiti televisyen miliknya, Africa’s Business Heroes.

Beliau yang sepatutnya menjadi hakim diganti dengan seorang eksekutif Alibaba pada episod final, November 2020. Ketika ditanya, jurucakap Alibaba berkata beliau tidak dapat hadir kerana ‘pertindihan jadual’.

‘Hilang’ lepas lantang mengkritik…

Satu dunia membuat spekulasi tentang ‘kehilangan misteri’ Jack Ma apatah lagi selepas dia dilaporkan ‘buka mulut’ dan bersuara mengkritik sistem peraturan China dan sistem kewangan negara itu yang menurutnya, menyekat inovasi. Kata beliau,

Sistem kewangan hari ini adalah warisan Zaman Industri (tradisional). Kita perlu menyediakan sistem baru untuk generasi akan datang dan orang muda. Kita perlu mereformasi sistem sedia ada.”

Jack Ma berkata sedemikian di Shanghai pada 24 Oktober 2020 dan seminggu selepas kenyataan kontroversi tersebut, IPO Ant Group dilaporkan telah digantung atas alasan beberapa isu yang membabitkan persekitaran pengawalseliaan teknologi kewangan.

Ant Group yang merupakan salah satu perniagaan Jack Ma juga kini dalam pemantauan Beijing dan pihak berkuasa negara itu telah melancarkan siasatan anti monopoli terhadap Alibaba pada hujung Disember lepas serta meminta Ant Group menyusun semula operasi.

Satu dunia tertanya-tanya tentang keberadaan beliau dan tabloid, media serta stesen televisyen antarabangsa turut menerbitkan berita tentang isu ini . Lebih menimbulkan tanda tanya apabila wajah beliau turut dipadam daripada disiarkan dalam laman web perniagaannya sendiri, Alibaba.

Jack Ma hilang, tapi…

Selepas tidak kelihatan atau membuat kemunculan di khalayak ramai selama lebih dua bulan dan menimbulkan pelbagai spekulasi, akhirnya persoalan orang ramai terjawab.

Menurut penyampai CNBC, David Faber. Jack Ma tidak hilang seperti yang diperkatakan ramai pihak sebaliknya bilionair itu hanya mahu ‘lay low’.

Beliau sengaja mengurangkan penampilan umum. Keadaan itu akan berlarutan untuk beberapa lama. Beliau mungkin tidak muncul, tapi bukan hilang. Beliau tidak ditangkap, belum ditangkap.”

David yang kerap membuat laporan berita tentang Jack Ma dan perniagaannya sebelum ini berkata sedemikian pada Selasa, 5 Januari 2020.

Dia yang memetik sumber mendakwa tindakan Jack Ma itu disebabkan daripada pemantauan yang sedang dilakukan kerajaan China terhadap perniagaan beliau, Alibaba dan Ant Group.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:lobak merah

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Satu Dvnia Tertanya-Tanya Di Mana Jack Ma, ‘H1lang’ Lepas Kritik Sistem Kewangan China, Ini Klsah Sebenar…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*