Letak Wajah Pada Sumbangan M4ngsa Banjir, Ada Yang Pertikai Usaha Siti Nurhaliza

Pada ketika ini, ramai rakyat Malaysia yang prihatin telah menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri yang terjejas.

Antara individu berpengaruh yang meghulurkan bantuan ialah barisan selebriti termasuk penyanyi nombor 1 negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang merupakan anak jati Kuala Lipis, Pahang.

Sebagai penduduk asal Pahang, Siti atau mesra disapa dengan panggilan Tok Ti terpanggil untuk memberi bantuan kepada penduduk di sana ditambah pula dengan keadaan yang semakin teruk.

Dalam masa yang sama, Tok Ti turut berasa bimbang kerana ibunya, yang dikenali sebagai Mak Salmah turut terperangkap di kediamannya di Kuala Lipis.

Disebabkan keadaannya yang kini sedang hamil lima bulan, Tok Ti tidak dapat turun ke kawasan yang terjejas dan disebabkan itu beliau meminta kakak iparnya, Rozi Abdul Razak untuk mewakilkan dirinya untuk memberi bantuan kepada penduduk tempatan.

Namun ada pula segelintir netizen mengecam tindakan Tok Ti meletakkan sticker wajahnya pada kotak bantuan yang diberikan kepada penduduk kampung.

Menurut mereka, sticker itu tidak seharusnya diletakkan pada kotak tersebut kerana dianggap bantuan yang dihulurkan itu tidak ikhlas.

Tetapi ada juga yang bersetuju dengan tindakan pihak Tok Ti meletakkan sticker tersebut kerana bantuan yang diberikan itu merupakan wang persendirian Tok Ti sendiri dan itu merupakan bukti beliau prihatin terhadap penduduk kampungnya di Kuala Lipis.

Apa pun, tak kisah la ada sticker atau tik, asalkan bantuan itu sampai kepada mereka yang sepatutnya.

Sama-sama kita doakan semoga keadaan banjir di kawasan terjejas akan pulih dengan secepat mungkin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Instagram Siti Nurhaliza

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Letak Wajah Pada Sumbangan M4ngsa Banjir, Ada Yang Pertikai Usaha Siti Nurhaliza"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*