Tiz Zaqyah Tersenarai Dlam Pelacvran Kelas Atasan

Pelakon wanita terkenal, Tiz Zaqyah atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia merupakan antara artis yang terlibat dengan aktiviti pelacuran kelas atasan bagi memperolehi jalan pintas hidup mewah.

Hal ini dinyatakan menerusi laporan daripada Mstar selepas dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral itu oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Sumpah tak terlibat!

Mengulas mengenai perkara tersebut, Tiz menyifatkan tuduhan sebegitu sangat keterlaluan, namun sema sekali tidak bimbang kerena tidak pernah terjerumus ke dalam aktiviti kotor itu.

“Sumpah tak ada (tak terlibat)…nauzubillah nama saya tersenarai? Kenapa mereka petik nama saya?” Tegasnya.

Kerjaya lakonan dah stabil, tak perlu semua tu

“Tapi saya tak bimbang sebab kawan-kawan kenal saya ni macam mana…saya dah stabil dalam bidang (hiburan) ni.”
“Saya ada kawan, mereka tahu cerita sebenar.” Katanya

“Saya tak terkejut ia berlaku dalam kalangan kita”

Walau bagaimanapun, pelakon berusia 33 tahun ini tidak terkejut dengan kewujudan aktiviti tidak bermoral itu dalam kalangan selebriti kerana sudah terlalu kerap dikongsikan pihak media.

“Tapi perkara ini saya tak berapa hairan. Saya tinggal di Kuala Lumpur sejak kecil dan dengar banyak mengenainya.”
“Dalam akhbar ada dilaporkan dan orang bercakap mengenainya, saya tak terkejut ia berlaku. Mungkin dalam kalangan kita pun ada, tapi mungkin itu cara mereka cari duit.” Tambahnya


Menerusi penulisan daripada Mstar lagi, sebelum ini ada media melaporkan terdapat beberapa selebriti wanita dan influencer terkenal didakwa menawarkan perkhimatan seks untuk kesenangan hidup.

Mereka juga dikatakan menerima bayaran sehingga RM30,000 untuk satu malam. Susulan daripada khabar tersebut, netizen mulai memetik beberapa nama selebriti yang menayangkan gaya hidup mewah di sosial media dengan mengaitkan mereka dalam aktiviti itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Mstar (Juliana Johar) via omm

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Tiz Zaqyah Tersenarai Dlam Pelacvran Kelas Atasan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*