Anak Turunkan Ibu Di Kedai Bersama Beg Baju, Alasannya Nak Pergi Basuh Kereta

MAK boleh bela anak yang ramai. Anak belum tentu boleh bela mak seorang! Demikian komen netizen berhubung kisah tular seorang anak perempuan yang didakwa tergamak membuang ibunya sendiri.

Menerusi kej@dian di Kedai Raja Ali, Taman Sungai Kob, Kulim, Kedah pada Ahad lalu, wanita berusia 80-an itu ditinggalkan bersendirian bersama beg pakaian sebelum didekati orang awam.

Kejadian itu kemudiannya dikongsikan ke Facebook sebelum menerima ribuan perkongsian netizen.

“Makcik ni dok tunggu anak dia. Tadi turun kereta anak dia datang beli barang. Anak tak datang ambil lagi.

“Tanya rumah di mana, dia bagitau duduk di Pantai Prai. Anak di Penang. Anak tak datang ambil lagi jadi mungkin orang awam akan bantu hantar ke Balai Sungai Kob.

Kisah wanita ini menjadi tular di laman Facebook selepas dikongsi seorang individu pada Ahad lalu.

“Dia bagitahu anak pergi basuh kereta. Kedai basuh kereta ada depan tu saja. Tak nampak pun kereta biru. Anak dia naik kereta biru dia bagitahu tadi. Yang hantar anak perempuan.

“Dok interview tok ni. Masa nak turun kereta beli barang anak dia dah bagi beg kain baju suruh bawa turun sekali. Jem (bingung) macam ni. Tak tahu apa tujuan buat macam tu,” menurut tulisan pada posting panjang lebar itu.

Disertakan beberapa foto warga emas berkenaan, ia pantas menerima respons yang mana rata-rata netizen mengutuk perbuatan anaknya jika benar seperti yang didakwa.

Allahu, boleh bayangkan perasaan seorang ibu. Nampak tenang kat wajah, dalam hati tuhan saja yang tahu.
Sementara itu, sumber polis mengesahkan mengenai kes itu yang berlaku pada Ahad lalu.

Namun dikhabarkan wanita warga emas itu tidak tinggal bersama anaknya sebaliknya menetap di kampungnya di Pantai Prai, Padang Serai.

Walaubagaimanapun, kes itu sudah selesai pada Isnin apabila wanita warga emas berkenaan sudah dibawa pulang oleh warisnya selepas dia bermalam di rumah orang yang membantunya.

Ahli keluarganya dipanggil ke balai menyelesaikan kes itu.

Perkembangan terbaharu mengenai kes itu turut ditularkan di Facebook.

Rata-rata netizen di Facebook pula meluahkan rasa b3rang dan turut berdoa agar segala urusan warga emas itu dipermudahkan.

“Sebaknya baca. Dia dulu berhempas pulas jaga kau sampai kau besar, apa salah emak kau tu sampai kau tergamak buat macam ni kat emak?

“Allahu, boleh bayangkan perasaan seorang ibu. Nampak tenang kat wajah, dalam hati tuhan saja yang tahu,” tulis beberapa netizen.

p/s:Kasih ibu kepada anak-anak berpanjangan sepanjang hay@t, pengorbanan dan kudrat dicurah siang dan malam, memberi segala kudrat yang ada dan tidak mengharapkan apa-apa balasan dari anak kerana menginsafi anak itu adalah lahir dari kandungannya yang dijaga penuh selama sembilan bulan.

Kasih sayang seorang ibu mengatasi segalanya, tidak dapat dinilai dengan emas dan perak, tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Berdasarkan sifat dan naluri keibuan, maka tidak hairan kasih sayang dan pengorb@nannya melebihi segalanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Anak Turunkan Ibu Di Kedai Bersama Beg Baju, Alasannya Nak Pergi Basuh Kereta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*