Iman Troye Habis L4nggar SOP Di Langkawi?

Sudah lah kes Covid-19 makin mencanak naik, ada pula kluster Langkawi dari kalangan artis membuatkan rakyat geleng kepala. Lebih dahsyat, tak reti-reti serik pula tu.

Terkini, video pendek penyanyi baharu Iman Troye yang membuat persembahan di sebuah majlis dipersoalkan. Manakan tidak, ketika Iman menyanyi, dia dikelilingi peminat yang sibuk mahu bergambar bersama dengannya tanpa memakai pelitup muka!

Ianya membuatkan netizen kurang senang hati. Bimbang dengan segala kemungkinan yang akan berlaku. Kenapa semua orang langgar prosedur operasi standard (SOP) ni?

Difahamkan, Iman dijemput membuat persembahan dalam majlis sebuah produk tempatan yang menghimpunkan usahawan produk tersebut.

Bagaimanapun, keadaan menjadi tidak terkawal apabila tetamu tidak mahu melepaskan peluang bergambar bersama pelantun lagu ‘Teman’ itu.

Foto : IG

Rata-rata netizen mengusik tetamu yang meminati Iman dari kalangan wanita pertengahan usia, boleh dijadikan mentua kata mereka. Bagaimanapun, ada juga yang bimbang dengan peraturan telah dilanggar tersebut.

Foto : IG

Jadi, dalam hal ini, kita sebenarnya nak salahkan artis yang tidak bertegas, masyarakat yang tidak pandai menjaga SOP atau kerajaan yang tidak ambil endah?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Iman Troye Habis L4nggar SOP Di Langkawi?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*