Pernah Dikec3wakan Banyak Kali, Wanita Bahagia Kahwin Lelaki Pakistan

Bagi sesetengah orang, mereka cenderung mencari jodoh yang sama bangsa dan juga negara. Namun jika sudah ditakdirkan jodoh, siapalah manusia untuk mengubah takdir Tuhan. Sesungguhnya bukan rupa atau kenegaraan yang menjadi penentu. Asalkan dapat menemui keserasian, pasti rumah tangga akan bahagia. Sama cocok sama padan, itulah perkataan yang sesuai diberikan kepada sepasang suami isteri Malaysia-Pakistan ini. Menerusi akaun TikTok @miss.izzmya, dia tidak kisah untuk berkongsikan video ketika bergurau mesra dengan lelaki berkenaan.

Saya pernah dikecewakan banyak kali…Tak kisah bangsa apa pun asalkan penyayang

Tidak ketinggalan, dia sempat menceritakan pengalaman pahitnya apabila dikecewakan banyak lelaki sebelum ini. Baginya, dia bukan menilai baik dan buruk seseorang itu berdasarkan perbezaan bangsa. Sebaliknya, sikap penyayang dan bertanggungjawab telah menjadi kriteria utama mengapa dia mengambil keputusan untuk menerima suaminya.

7 tahun dengan lelaki Pakistan…Ada 2 anak Alhamdulillah…Semua sebab hati bukannya bangsa…

Melihat hubungan erat mereka berdua, netizen juga memberikan respon yang cukup positif malahan sempat memuji kekacakan luar biasa lelaki Pakistan bermata hijau itu. Menariknya lagi, ramai mendedahkan kisah bahawa ahli keluarga mereka juga berkahwin dengan lelaki dari Pakistan dan hidup dengan sangat bahagia. Pokoknya, apa yang paling penting bukanlah bangsa tetapi hati nurani.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:http://www.news.dekiwaketek.com/

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Pernah Dikec3wakan Banyak Kali, Wanita Bahagia Kahwin Lelaki Pakistan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*