Ses@k Nfas Dan Saklt Kep4la, Shima Anuar Disahkan Positif Covid-19

Pelakon Shima Anuar memuat naik sebuah posting di laman sosial Instagram miliknya memaklumkan bahawa dia baru sahaja disahkan positif Covid-19.

Shima atau nama penuhnya Noor Hashimah Anuar berkongsi salinan perubatan memaparkan maklumat ujian saringan yang diperolah dari sebuah pusat perubatan di ibu kota.

Ini meruntun jiwa saya


Menurut Shima, dia tidak mempunyai kontak rapat dengan mana-mana pesakit Covid-19 namun pada Jumaat lepas secara tiba-tiba kepalanya sakit selain mengalami kesukaran untuk bernafas.

Keesokan harinya (Sabtu), dia menjalani ‘swab test’ dan semalam dia disahkan positif virus Covid-19. Sementara itu, hasil ujian suaminya pula negatif.

“Tak tau nak jelaskan perasaan ni macam mana. Dalam kepala fikir anak je sekarang ni. Diorang semua dah pergi ujian pagi tadi.
“Semoga semua anak saya selamat dari Covid. Doakan kami,” luah pelakon drama Cinta Si Wedding Planner itu.

Setakat posting dimuat naik, pelakon berusia 30 tahun itu sedang menunggu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menghubungi dirinya selain melakukan kuarantin diri dalam bilik di rumahnya sahaja.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikutnya membanjiri dengan ucapan serta doa agar Shima cepat sembuh.

Semoga cepat sembuh

Kami doakan…

Semoga Allah pelihara keluarga Shima

Shima berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohd Solih Toha pada 8 April 2017 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Marian Sophia, 3, dan Mikhael Iman yang kini berusia setahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: Instagram Shima Anuar

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Ses@k Nfas Dan Saklt Kep4la, Shima Anuar Disahkan Positif Covid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*