“Terakhir Tengah Repair Aircond”Mlsteri Keh1langan Jack Ma Masih Menjadi T4nda Tanya

Jutawan Jack Ma telah dilaporkan tidak dilihat secara terbuka sejak 2 bulan lepas dan rata-rata netizen telah menganggapnya sebagai ‘hilang’.

Kehilangan pengasas Alibaba itu disedari umum setelah dia tidak muncul dalam episod akhir pertunjukan bakatnya, Africa’s Business Heroes. Malah laman web rancangan itu juga membuang gambar usahawan itu dan menggantikannya dengan eksekutif Alibaba yang lain, membuatkan orang ramai lebih yakin perkara itu benar.

Yes Hadir Dengan Plan Tanpa Had Pada Harga Serendah RM30 Sebulan
Open New Tab
Menurut sumber, Ma hilang dari pandangan umum sejak dia menyampaikan ucapan kontroversial pada 24 Oktober 2020 di mana dia didakwa mengkritik sistem pengawasan kewangan di China.

Dia menggelar pengawal selia kewangan China sebagai “kelab orang lama” yang tidak berkemahiran untuk mengawasi inovasi teknologi China.

Ramai yang mengaitkan kehilangan pemilik laman membeli belah online itu dengan penculikan dipersetujui negara peniaga-peniaga Cina yang sebelum ini hilang setelah mengkritik sistem di China.

Contohnya, ahli hartanah China Ren Zhiqiang sebelum ini menuduh Parti Komunis menangani pandemik dengan teruk sebelum dia dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun.

China telah menangkap beberapa orang yang mengkritik cara kerajaan mengendalikan masalah pandemik mereka, antaranya termasuklah seorang profesor undang-undang, seorang peguam hak asasi manusia, dan doktor yang melaporkan tentang kes pertama Covid di negara itu.

Kehilangan jutawan perniagaan juga bukan sesuatu yang luar biasa di China, jadi ramai yang tertanya-tanya apa yang terjadi kepada Jack Ma. Namun kemungkinan besar juga ketiadaannya hanya satu kebetulan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:hcl

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Terakhir Tengah Repair Aircond”Mlsteri Keh1langan Jack Ma Masih Menjadi T4nda Tanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*