“Yeah, Let’s Fight In Courts..” Fatin Afeefa Beng4ng, Anak Ded4h Bekas Svami Tid0r Sebilik Dgn Waniita?

Pelakon si cantik manis, Fatin Afeefa tidak asing lagi dalam bidang lakonan apabila memulakan kerjaya seni sejak usia kecil lagi menerusi filem Tentang Bulan.

Terbaru, pelakon berusia 26 tahun itu ada memuat naik di Instastory perbualan dia bersama anak perempuan Ivy Herra Sophia yang dikatakan sedang bercuti bersama bekas suaminya.

Dalam perbualan tersebut, kanak-kanak berusia lima tahun itu memberitahu dia tidur sebilik bersama bapanya, seorang wanita dan seorang lagi nama yang turut disebut.

“Ivy tidur dengan daddy, aunty Candy, dengan abang Danial,” kata anaknya di dalam video itu.

Jangan dekat lagi dengan anak aku!

Memetik laporan Astro Gempak, pelakon drama Cindai itu juga sempat bertanya adakah mereka tidur sebilik dan jawapan anak kecilnya itu sangat mengejutkan apabila dia menjawab ya.

Selain itu, melalui tangkapan skrin panggilan video itu, Fatin juga menulis beberapa ayat yang mengambarkan dirinya begitu marah dengan apa yang berlaku.

“Selama ini saya sering dilabel sebagai jahat tapi saya tak pernah babitkan anak saya dalam hubungan cinta. Saya tak pernah bawa anak saya untuk tidur bersama…

“…dengan orang yang belum saya berkahwin di dalam bilik yang sama. Tolong jangan kacau anak saya dan biarkan dia,” luahnya.

Dia juga memuat naik perbualan Whatsapp bersama bekas suaminya itu yang mempersoalkan perbuatan tersebut terhadap anaknya apatah lagi sebilik dengan wanita yang belum mempunyai hubungan halal.

Apa benda semua ni Nor Shah?

Malah, pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin ini juga mendakwa dia belum menerima nafkah untuk anak-anaknya sejak empat tahun lalu selain mengajak bekas suami untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Jom lawan di mahkamah. Saya boleh tuntut nafkah anak yang tak pernah dapat sejak empat tahun,” tulisnya.

Bagaimanapun, dia telah memadam semua Instastory berkenaan sebaliknya memohon maaf kerana berkongsi perkara a1b untuk tatapan umum.

Tapi jangan ingat saya ‘okay’

Terdahulu, Fatin mendirikan rumah tangga kali kedua dengan pelakon Adam Shahz pada 2013 sebelum bercer4i pada 2017 dan dikurniakan Ivy.

Malah menurut laporan media, dia juga mempunyai anak sulung Adam Aisy Arrian dipercayai hasil daripada perkahwinan pertama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: Astro Gempak (Badrul Hisham) , Fatin Afeefa

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Yeah, Let’s Fight In Courts..” Fatin Afeefa Beng4ng, Anak Ded4h Bekas Svami Tid0r Sebilik Dgn Waniita?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*