“Cukuplah Menylksa Saya Selama Empat Tahun Bercer4i”

Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai dakwaan pelakon Fatin Afeefa apabila anak perempuannya, Ivy Herra Sophia bercerita mendakwa dia dan bapanya, Adam Shahz tidur sebilik dengan teman wanitanya.

Enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan Fatin itu, Adam berkata dia nekad mengambil tindakan saman ke atas bekas isterinya yang mengaibkannya. Ujarnya, dia sudah lama bersabar namun kali ini dia tidak hanya akan berdiam diri sahaja.

“Cukuplah menyeksa saya selama lebih empat tahun kami bercerai. Saya sudah lama bersabar, tetapi nampaknya Fatin sengaja mahu menguji kesabaran saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by A F E E F A 🌙 (@fatinafeefa)

“Saya tidak mahu memanjangkan isu ini. Jalan terbaik adalah membawa kes ke mahkamah. Di sana, saya akan menjelaskan segala-galanya termasuk bukti sekali,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Adam kecewa apabila bekas isterinya itu membangkitkan hal nafkah anak mereka. Ujarnya, dia pernah meminta bekas isterinya itu membawa perkara berkenaan ke muka pengadilan jika tidak berpuas hati, namun masih tiada sebarang tindakan daripada Fatin.

“Berhubung tuntutan nafkah yang dibangkitkan, perkara ini juga hanya akan didedahkan dalam mahkamah. Sebelum ini, saya pernah minta Fatin membuka fail jika benar saya berada di pihak yang salah.

“Tetapi, sudah lebih empat tahun bercerai, tiada sebarang tindakan yang diambil. Oleh kerana dia enggan mengambil sebarang tindakan, jadi biarlah saya yang memulakan langkah,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:rotikaya

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Cukuplah Menylksa Saya Selama Empat Tahun Bercer4i”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*