Sudah 47 Tahun, Che Ta Dedah Tak Pernah Minum Air Kosong

Sebut saja nama pelakon cantik Rozita Che Wan, pasti ramai tahu fesyen dan gaya penampilannya sering diperkatakan. Malah ramai wanita diluar sana mengagumi Che Ta yang tetap nampak muda meskipun usia hampir mencecah 50 tahun.

Namun, pendedahan Che Ta ini ternyata mengejutkan ramai apabila pelakon itu memberitahu dia tidak pernah mengamalkan minum air kosong.

“Sejak dulu lagi saya memang tak amalkan minum air putih atau air kosong. Bukan apa, saya seperti tak boleh telan jika air kosong sahaja.

“Setiap pagi bangun tidur saya terus minum nescafe ais kaw dan biasanya saya akan minum teh dan minuman manis yang lain,” katanya.

Bagaimanapun, Che Ta berkata baru-baru ini dia mendapat kesedaran dan mengamalkan minum air putih selepas suaminya, Zain Saidin dimasukkan ke hospital kerana penyakit batu karang.

“Saya mula bimbang dan takut bila Zain kena batu karang sedangkan dia seorang yang menjaga kesihatan dan kurang minum minuman manis.

“Saya pun mendapat kesedaran dan cuba belajar untuk minum air putih sekarang bagi menjaga kesihatan lebih-lebih lagi usia yang sudah meningkat ini,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Rotikaya

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Sudah 47 Tahun, Che Ta Dedah Tak Pernah Minum Air Kosong"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*