Tak Tenang Sampai Makan Ubat Tid0r, Sajat Nak Bvn0h Dlri?

Sejak semalam, Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat mencuri perhatian warganet selepas memuat naik video pendedahan mengenai penangkapannya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), baru-baru ini.

Dalam video tersebut, Sajat mendakwa diperlakukan dengan kasar oleh JAIS sehingga mendatangkan kecederaan kepada beberapa anggota badannya.

Bagaimanapun, tindakannya memuat naik video berkenaan mengundang pelbagai persepsi netizen termasuklah kecaman sehingga menjadikan namanya trending di laman Twitter.

Susulan itu, Sajat menerusi Instastorynya berkongsi beberapa ucapan dan kata-kata semangat yang dititipkan oleh pengikutnya.

Dalam masa sama, dia mendedahkan dirinya mengalami tekanan perasaan selain turut mengakui memakan ubat tidur selama empat hari berturut-turut berikutan mengalami masalah tidur.

Dia juga berkongsi sekeping foto memakai alat pernafasan di sebuah pusat perubatan.

Kredit foto: Sajat

Terdahulu, JAIS menerima aduan berkaitan Sajat menganjurkan satu majlis tahlil dan doa selamat bersama dengan anak-anak tahfiz pada 23 Februari tahun lalu lengkap berbaju kurung serta bertudung seperti wanita dan secara tidak langsung didakwa di bawah Seksyen 10 iaitu menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:murai

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Tak Tenang Sampai Makan Ubat Tid0r, Sajat Nak Bvn0h Dlri?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*