“Sedih Dengar Suara Anak, Isteri Dari Tingkat Bawah” Instafamous, Hafiz Mahamad Positif Covid-19

Hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 pada Rabu memberi khabar duka buat Instafamous, Hafiz Mahamad apabila disahkan positif Covid-19.

Hafiz atau nama sebenarnya Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad membuat pengumuman mengejutkan itu menerusi laman Instagram pada lewat malam Rabu.

Bercakap kepada mStar, Hafiz berkata, dia terkejut sebaik menerima keputusan positif Covid-19 pada pukul 1 pagi, hanya sejam selepas PKP hari pertama dikuatkuasakan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Usahawan berusia 27 tahun itu memberitahu, dia membuat ujian swab pada Jumaat lalu selepas pulang dari Pulau Pinang atas urusan kerja dan keputusan adalah negatif.

“Saya dan keluarga buat ujian swab sekali lagi pada Isnin. Ini termasuk kira-kira 20 staf yang turut melakukan ujian sama secara berasingan.

“Bila saya dapat keputusan pukul 1 pagi tadi (Rabu) memang saya terkejut sebab tak ada gejala, apatah lagi keputusan sebelumnya adalah negatif.

“Hari pertama PKP dan hari pertama saya positif Covid-19. Ingatkan PKP ni nak luangkan masa dengan keluarga di rumah sebab sebelum ni jarang ada waktu terluang, sibuk dengan kerja dan urusan lain. Saya reda dengan ujian ini,” ujar usahawan ini ketika dihubungi.

Hafiz bagaimanapun bersyukur apabila isteri, Nur Syafiqah Aina Abdul Wahab, 26, dan anak perempuan mereka Raisya Arisa yang berusia setahun dan tujuh bulan disahkan negatif Covid-19.

Dia yang berasal dari Kelantan itu sering melakukan ujian saringan Covid-19 setiap kali melakukan tugasan di luar kawasan dan selepas memberi bantuan termasuk di Kuala Lipis, Pahang untuk mangsa banjir, baru-baru ini.

“Saya kerap buat swab test untuk pastikan diri saya okay. Balik dari kerja luar negeri atau beri bantuan mana mana pun, Alhamdulillah keputusan masih negatif, cuma kali ini yang positif.

“Alhamdulilah Allah makbulkan doa saya bila isteri, anak dan team saya negatif. Syukur sekarang PKP, jadi mereka tak ke mana-mana dan menjalani kuarantin di rumah,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Menurut Hafiz, pada masa ini dia menjalani kuarantin di bilik berasingan di tingkat bawah rumahnya di Cyberjaya, Selangor sementara menunggu panggilan untuk dibawa ke hospital.

“Walaupun satu rumah, tapi saya sedih sangat sebab terpaksa berpisah dengan isteri dan anak. Saya boleh dengar suara anak dan isteri dari tingkat bawah.

“Perasaan tu tak boleh nak cakap. Tak dapat nak digambarkan. Saya berharap isteri dan anak serta orang lain terus diberikan kesihatan. Doakan saya dan keluarga,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Sedih Dengar Suara Anak, Isteri Dari Tingkat Bawah” Instafamous, Hafiz Mahamad Positif Covid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*