Sambut Anniversary Ke-18, Edika Yusof Terus Setia Jaga Isteri Lump0h

Baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-18, pelakon Edika Yusof dan isteri meraikannya secara sederhana cukup dengan sebiji kek.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Edika menitipkan ucapan romantis bahawa dia merupakan suami yang bertuah kerana memiliki wanita sehebat isterinya di sisi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Edika Yusof (@edikayusofxx)


Dalam video dikongsikan itu, isterinya, Hidayah sentiasa menguntum senyuman menyambut hari bahagia itu bersama suami tersayang.

Kesetiaan pelakon itu masih diperkatakan apabila Edika sanggup berkorban untuk menjaga isterinya yang lumpuh selama 16 tahun.

Kebahagiaan yang diimpi hanya 2 tahun, mereka kemudian diuji hanya dalam sekelip mata. Ketabahan Edika Yusof menjaga isterinya yang menghidap meningitis sehingga lumpuh ini wajar menjadi iktibar dan dicontohi semua pasangan.

Edika yang sebelum ini pernah popular menerusi filem Maria Mariana mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti seni untuk menjaga isterinya, Norhidayah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Nona

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Sambut Anniversary Ke-18, Edika Yusof Terus Setia Jaga Isteri Lump0h"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*