“I D0n’t Care”Adik Neelofa Tak Ambil Peduli Keluarga Digelar ‘Kardashian Kelantan’

Sebut sahaja nama selebriti terkenal, Neelofa bukan sahaja bekas pengacara MeleTOP yang menjadi perhatian malah, ahli keluarganya yang lain juga turut dikenali ramai.

Dalam pada itu, Ameera Khan dan Athisha Khan antara yang paling popular. Boleh dikatakan kedua mereka sering menjadi perhatian di media sosial biarpun bukan seorang selebriti.

Baru-baru ini, Atisha Khan dilihat ada memuat naik video menjawab soalan yang diajukan oleh pengikutnya di Instagram. Namun, satu soalan ini menarik perhatian apabila keluarganya digelar ‘Kardashian Kelantan.

Meskipun Atisha dilihat teragak-agak untuk menjawab soalan berkenaan, namun dia memberikan jawapan jujur dimana dia tidak ambil peduli dengan gelaran diberikan netizen.

Ujarnya, mungkin gelaran itu diberikan kerana jumlah ahli keluarganya yang ramai dan mungkin juga kerana pelbagai ‘drama’ yang berlaku dalam keluarga mereka.

“Saya tak tahu, saya tak peduli sebenarnya. Sebabnya saya tak rasa sesiapa cuba menjadi seperti orang lain pun. Saya tak pasti. Kalau bukan kami pun, sesiapa sahaja boleh diberi gelaran tersebut. Tapi kali ini, kami yang kena,” katanya.

Dalam pada itu, gadis berusia 23 tahun itu berkata dia kini sedang belajar cara untuk tidak mengendahkan kata-kata sedemikian, namun dia mengakui dirinya seorang yang susah untuk menepisnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:rotikaya

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“I D0n’t Care”Adik Neelofa Tak Ambil Peduli Keluarga Digelar ‘Kardashian Kelantan’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*