“Ummi Risav Abang Dan Adik Diejek” Sajat Bimbang Nasib Anak Angkatnya Dibvli

Usahawan kosmetik sensasi, Muhammad Sajjad atau lebih dikenali dengan gelaran Nur Sajat meluahkan rasa bimbang akan nasib yang bakal menimpa dua orang anak angkatnya yang kini sedang membesar bersamanya.

Menurut Sajat, sebolehnya dia tidak mahu anak-anaknya itu terpalit menjadi mangsa keadaan hanya kerana mereka dibesarkan oleh dirinya yang sering menjadi mangsa cercaan.

“Adik abang, Ummi risau pasal adik dan abang. Ummi tak nak adik dan abang kena buli macam Ummi kerana Ummi, itu anak siapa…Ummi memikir sangat-sangat hal ini.

“Ummi risau abang dan adik diejek, dikata disebabkan Ummi. Maafkan Ummi abang dan adik. Ummi sedih bila jadi macam ini, Ummi sayang abang dan adik, maafkan kalau Ummi tak sempurna,” luahnya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram Story miliknya.

Dalam entri berkenaan, Sajat turut berkongsi gambar sepasang anak angkatnya yang diberi nama Syahmi dan Syaza yang kini menginjak usia lima tahun.

Pada masa sama, kata Sajat lagi, dia turut meninggalkan pesanan kepada kedua-dua anaknya itu agar membesar menjadi insan yang sentiasa menghormati orang lain.

“Buat anakku yang kucintai, Ummi harap anak ummu besar jadilah anak yang sentiasa menghormati semua orang.

“Tak kira sesiapapun sayang. Hormatilah sebanyak mana pun,” katanya.

Baru-baru ini, Sajat mencuri tumpuan ramai apabila berdepan pertuduhan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor ekoran dakwaan salah laku berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah majlis keagamaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Ummi Risav Abang Dan Adik Diejek” Sajat Bimbang Nasib Anak Angkatnya Dibvli"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*