Firasat Seorang Isteri Memang Kvat, Tajul Kant0i Dengan Isteri Sendiri

PENYANYI Tajul mengakui naluri serta firasat seorang wanita bergelar isteri itu kuat terutamanya jika membabitkan hal berkaitan rumah tangga.

Kata Tajul atau nama sebenar Tajul Arif Noor Md. Shari, dia pernah ditangkap oleh isteri selepas didapati bermain permainan video atas talian itu bersama wanita lain.

Gara-gara itu, dia terpaksa memadam aplikasi berkenaan dan perlu memujuk isterinya bagi mendapatkan keizinan bermain permainan video itu semula.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hamil enam bulan, Tajul Ariff bakal timang anak kedua pada usia 23 tahun – “Alahan teruk dan mengidam itu terkena pada saya”

“Memang tak dinafikan naluri seorang isteri memang kuat terhadap suami… aku main PUBG dengan perempuan pun kantoi!

“Kena uninstall setahun lebih tau dulu… lama memujuk nak main balik, tapi Alhamdulillah semua tu untuk kebaikan kita suami isteri,” katanya.

Tajul kongsi pengalaman di IG Mstar.

Tajul berkongsi mengenai pengalaman manis melalui alam perkahwinan itu menerusi komen yang ditulis di Instagram @mstaronlineofficial pada Selasa.

Ia merujuk kepada laporan artikel mengenai madu kepada penyanyi Adira iaitu Datin Seri Sharifah Norshala Hassim atau Datin Red yang berkata naluri dan firasatnya sebagai seorang isteri sentiasa tepat.

Tapi Alhamdulillah semua tu untuk kebaikan kita suami isteri!

Dalam artikel tersebut, Datin Red turut mendedahkan dia didatangi mimpi aneh semasa suaminya Datuk Red berkahwin tanpa pengetahuannya pada tahun 2015.

Menerusi laporan mStar pada 7 April tahun lalu, Tajul berkata dia terpaksa memadam aplikasi permainan popular itu bagi memberi tumpuan dan fokus membesarkan anak sulung Adriana Carisa.

Tajul bahagia melayari alam perkahwinan bersama isteri.

“Semasa anak berusia empat bulan, saya memang layan anak je… memang tak main PUBG sejak anak keluar, terus stop!

“Kalau tak… nanti tak fokus asyik main game je! Tak apalah berkorban sikit,” katanya.

Penyanyi lagu Izinkan Aku ini mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shamieza Eddie pada tiga tahun lalu.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Adriana Carisa yang kini berusia setahun.

Isterinya itu kini sedang hamil anak kedua dan usia kandungannya enam bulan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:mstar

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Firasat Seorang Isteri Memang Kvat, Tajul Kant0i Dengan Isteri Sendiri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*