Pelakon Dan Pengacara Syamim Farid Sudah ‘9 Tahun’ Tak Makan Nasi,Rupanya Ini Yang Berlaku

PELAKON dan pengacara, Che Puan Syamim Farid mengakui sudah sembilan tahun tidak makan nasi dan menggantikan pengambilan karbohidratnya dengan makanan lain.

Pelakon drama bersiri Dua Takdir Cinta itu berkata, pengalamannya itu tidak terlalu sukar memandangkan suaminya juga turut sama tidak makan nasi.

“Sebenarnya, saya mula untuk berhenti mengambil nasi sebagai makanan utama harian adalah kerana nak bersenam dan menjaga berat badan.

“Alhamdulillah, tahun ini dah sembilan tahun saya tak makan nasi dan tak sukar sangat untuk melakukannya berikutan suami saya juga tidak makan nasi,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, ada sesetengah individu yang faham dan ada juga yang tak tahu mengenai tabiat pemakanannya itu.

“Kalau ada yang tahu, mereka akan sediakan makanan lain untuk saya dan suami, contohnya ikan dan sebagainya memandangkan kami juga tak makan ayam dan d4ging.

“Kalau orang yang tak tahu, itu tidak menjadi masalah kerana saya boleh saja makan makanan lain yang disediakan,” katanya.

Tambahnya lagi, dia juga terpaksa memaklumkan kepada pihak produksi seperti pengarah mengenai tabiat makanannya jika harus melakonkan babak yang memerlukannya makan.

“Selalunya, saya akan maklumkan awal-awal kepada pihak produksi bila membaca skrip sekiranya ada babak di meja makan. Selalunya, mereka faham dan tak ada masalah,” katanya.

Syamim juga berkata, banyak kebaikan yang dirasakannya selepas menjaga pemakanan dan menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Terbaru, drama Dua Takdir Cinta lakonannya masih lagi ditayangkan di Astro Prima dan turut dibintangi pelakon lain seperti Fasha Sandha, Azar Azmi, Fendy Bakry, Zamarul Hisham, Faizal Hussein dan ramai lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:hmetro

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Pelakon Dan Pengacara Syamim Farid Sudah ‘9 Tahun’ Tak Makan Nasi,Rupanya Ini Yang Berlaku"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*