Ank Tidak Dapat Mendengar Dan Bercakap, Adi Putra Terh4ru Dibacakan Doa Untuk Hari Jadi

Setiap pasangan menginginkan zuriat sendiri untuk menceriakan rumah tangga yang dibina.

Namun manusia mampu merancang, Allah yang menentukan.

Mengambil dua orang anak angkat sebagai penyeri keluarga, pasangan Datuk Adi Putra dan Datin Aida Yusof tetap bersyukur dengan kehadiran mereka.

Pada 26 Februari 2021, Adi Putra telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.

Video itu menunjukkan momen ketika sambutan hari jadi beliau yang ke-40.

Melalui caption:-

“Saya sgt sebak bila putri saya Zara Adelia Yg tak boleh mendengar dan bercakap membacakan doa selamat buat hari jadi saya. Allahu, bergenang air mata saya. Allah saja yg tahu. Inilah hadiah paling cukup istimewa yg tak dapat beli dimana-mana. Terima kasih istriku, az-zahra, nani, yg meraikan ulang tahun ku ke 40 Tahun. Perasaan sgt bersyukur yg pernah di pesan Habib Ali Zaenal Abidin. ‏
‏الله اكبر
#taatpadayangsatu
#adpfamily”

Adi Putra memberitahu anaknya yang bernama Zara Adelia tidak dapat mendengar dan bercakap.

Oleh itu, saat anaknya tersebut menbacakan doa buat beliau, ia dirasakan sangat menyentuh hati dan membuatkannya merasa bahagia.

Beliau bersyukur akan kurniaan tersebut.

Sementara itu di ruangan komen, beberapa rakan selebriti turut meninggalkan ucapan hari jadi untuk Adi Putra.

Indahnya melihat perkongsian Adi Putra ini.

Semoga beliau dan isteri dilimpahi kebahagiaan dalam membesarkan kedua-dua anak perempuan mereka itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Instagram Hotfm

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Ank Tidak Dapat Mendengar Dan Bercakap, Adi Putra Terh4ru Dibacakan Doa Untuk Hari Jadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*