Lepas ‘H1lang’ Di Bazar, Anak Zarina Zainuddin ‘D4kwa’ Selebriti L4nggar SOP Pula

Beberapa hari lalu kecoh dengan berita ‘kehilangan’ anak pelakon Zarina Zainuddin di bazar Ramadan.

Terbaru, Azal yang juga anak Autisme mencuri perhatian warganet dengan membuat dakwaan beberapa selebriti melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Azal memuat naik beberapa gambar selebriti yang hadir ke majlis perkahwinan pelakon dan pengacara, Neelofa dan PU Riz, baru-baru ini.

Di ruangan kapsyen, Azal atau nama sebenarnya Muhammad Razal Azrai, 25, turut menanda (tag) nama selebriti terbabit.

Kredit foto: IG

“Ini ialah artis Malaysia yang menjadi suspek kerana hadir ke majlis perkahwinan Neelofa termasuk Izara Aishah, Adib Khalid, Scha Alyahya, Awal Ashaari dan Hannah Delisha bersama suami yang tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan sosial dan fizikal serta melanggar SOP!” tulisnya.

Kredit foto: IG

Dilihat Zarina menegur anaknya itu dalam nada bergurau di ruangan komen.

Sementara itu, rata-rata warga maya terhibur selain menyokong tindakan Azal menyuarakan pendapatnya mengenai SOP ketika penularan Covid-19.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Lepas ‘H1lang’ Di Bazar, Anak Zarina Zainuddin ‘D4kwa’ Selebriti L4nggar SOP Pula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*