‘Nama Saya Dah Berslh’- Nurwati Bersyvkur Sajat K4Iah Lagi Di M4hkamah

Muhammad Sajjad Kamaruz ZamanNur Sajat Aesthetic dan Ashaari Maznan gagal mendapat kebenaran untuk merayu membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkan mereka membayar ganti rugi hampir RM200, 000 kepada plaintif, usahawan Nurwati Hussin iaitu pengasas OWA Resources.

Peguam utama OWA Resources, Nurul Hafidzah Hassan dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors berkata Muhammad Sajjad juga diarah oleh Mahkamah Rayuan untuk membayar kos guaman sebanyak RM5,000.

“Keputusan notis usul kebenaran merayu ditolak oleh mahkamah,” kata Nurul Hafidzah.

OWA Resources memfailkan saman terhadap Nur Sajat Aesthetic di atas kegagalan syarikat usahawan tersebut membekalkan bengkung dan girdle yang dipesan oleh stokis itu di antara bulan Februari dan April tahun 2018.

Sebelum kes dibawa ke Mahkamah Tinggi, pada bulan Januari tahun 2020, plaintif Nurwati Hussin telah memenangi kes pelanggaran kontrak tersebut di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Mahkamah Sesyen mendapati barisan peguam plaintif telah membuktikan pada keseimbangan kemungkinan (on the balance of probabilities) yang ketiga-tiga defendan telah melanggar kontrak perniagaan dengan Nurwati Hussin.

Selepas itu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menerima rayuan OWA Resources berkaitan ganti rugi dan kos yang tidak diberikan oleh Mahkamah Sesyen.

Pada bulan Disember tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi bersetuju bahawa terdapat bukti yang mencukupi bagi meningkatkan pembayaran. Ini menjadikan jumlah gantirugi dan kos yang perlu dibayar kepada OWA Resources hampir RM200, 000.

Semasa kes saman langgar kontrak itu berlangsung, Nurwati Hussin turut ditahan polis untuk disoal siasat apabila Muhammad Sajjad membuat laporan polis palsu yang mendakwa kononnya plaintif telah menyelewengkan wang syarikat dan melakukan pecah amanah sebanyak RM1 juta.

Berita penahan polis tersebut telah mendapat liputan akhbar di peringkat nasional oleh pihak media dan ianya telah memberikan persepsi negatif kepada nama baik usahawan Nurwati Hussin.

Saman balas Muhammad Sajjad terhadap Nurwati Hussin juga ditolak Mahkamah Sesyen setelah mendapati ianya adalah fitnah dan ancaman undang-undang tidak berasas. Apa yang jelas melalui kes tersebut, bukti menunjukkan Muhammad Sajjad yang sebenarnya sentiasa meminjam duit Nurwati Hussin dan suami.

“Ingin saya tegaskan di sini bahawa anak guam bukannya penjenayah seperti yang telah digambarkan oleh pihak-pihak tertentu sebelum ini dan kemenangan kes ini merupakan testimoni yang mahkamah bersetuju dengan semua bukti yang telah dibentangkan.

“Keputusan hari ini telah memulih dan mengukuhkan imej, reputasi dan jenama perniagaan OWA Resources yang dilanda krisis undang-undang, ekonomi dan persepsi negatif. Anak guam kini berada di landasan yang betul untuk terus berjaya dengan perniagaan mereka,” tambah Nurul Hafidzah.

Sementara itu Nurwati Hussin melahirkan perasaan bersyukur dan terima kasih kepada barisan peguam beliau iaitu Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli yang berjaya mendapatkan semula modal perniagaan bagi stok yang tidak dibekalkan dan juga membantu beliau semasa dalam tahanan polis apabila disoal siasat berikutan laporan polis palsu yang dibuat oleh Muhammad Sajjad.

“Nama saya dan syarikat kini telah dibersihkan dan saya hargai bantuan yang telah diberikan oleh semua pihak yang berkenaan sepanjang proses membuktikan kebenaran. Saya sendiri nampak barisan peguam saya bekerja dengan gigih bagi memastikan saya menang kes ini.

Terima kasih juga kepada semua pihak berkepentingan syarikat termasuk pekerja dan para pelanggan yang masih membantu saya,” ujar Nurwati Hussin yang merupakan bekas stokis utama Muhammad Sajjad dan salah seorang individu terpenting yang menolong beliau sejak dari awal penglibatan dalam bidang perniagaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:murai

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "‘Nama Saya Dah Berslh’- Nurwati Bersyvkur Sajat K4Iah Lagi Di M4hkamah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*