Personaliti media sosial, Ervan Rizuan menjelaskan perkara sebenar mengenai hubungannya dengan seorang gadis, Nik Farin yang menjadi tular baru-baru ini.
Instafamous yang mesra disapa Ervan mendakwa timbul salah faham mengenai hubungannya bersama Farin yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri.
Ervan menjelaskan perkara tersebut menerusi coretan di posting terbaharu akaun Instagramnya.
Menurut Ervan, hubungan cinta antara dia dan Farin hanyalah lakonan dan g1mik semata-mata untuk muzik video berjudul Cinta Terakhir nyanyian Aiman Sidek.
“Macam inilah, semua ini kan lakonan semata-mata untuk MV Cinta Terakhir yang tengah trending di YouTube sekarang.
“Sebab itulah tengah hangat dan kecoh sekarang. Adui tajuk lelaki lembut pula yang jadi sebutan, hmm tak apalah.
“Nik ni pula popular dah sebenarnya sebab dia adalah pelakon YouTube dan ramailah budak-budak yang kenal, dia pun sudah ada kekasih.
“Selepas itu kecoh jadinya bila drama bermula sebulan lepas orang dok kata aku per4mpas, sebab akulah dia putus cinta.
“Aku pula tak percaya drama yang aku rancang untuk MV ni jadi viral sampai macam ini lepas itu trending di YouTube juga. Tak apalah, nasib kekasih dia sporting bagi kekasih dia yang aku anggap macam adik ni.
“Yang jadi bualan sebab macam aku ni kan ala-ala separuh-separuh lembut, keras kan hahah jadi netizen tak boleh terima adik couple dengan aku dan tinggalkan kekasih dia tu sebab rela pilih yang lembut-lembut lagi.
“Kesimpulannya, aku minta maaflah yang mana percaya tertipu selama sebulan lebih tu ingat aku bercinta betul dengan adik ni.
“Kami dah macam adik-beradik, doakan dia cepat-cepat kahwin dengan kekasih dia. Harap tamatlah kisah ini sebab drama men1pu ini berjaya buat MV Cinta Terakhir trending. Minta maaf semua ya,” jelasnya.
Terdahulu, Ervan menjadi viral selepas timbul isu ‘lelaki lembut’ dikaitkan dengan dirinya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT
Sumber: Gempak
PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.