Usia 19 Tahun, Tegar Dah Jadi Ayah Kepada Bayi Lelaki

ISTERI kepada penyanyi Indonesia Tegar Septian iaitu Sarah Sheika selamat melahirkan anak pertama mereka iaitu bayi lelaki pada Sabtu.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang meluahkan rasa syukur bergelar bapa pada usia 19 tahun.

Tegar dan Sarah, 23, yang mendirikan rumah tangga Mac lalu bersedia untuk menjalankan tanggungjawab itu dengan baik.

Tegar dan Sarah berkahwin pada 20 Mac lalu.

Sebelum itu, menerusi Instastory, Tegar memohon proses bersalin yang dilalui isterinya berjalan lancar.

“Bismillah ya Allah semoga dilancarkan segalanya. Amin, ”ujarnya di InstaStory.

Menerusi laporan mStar pada 6 Mei lalu, Tegar mengumumkan Sarah hamil selepas dua bulan mereka berkahwin.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 Mac lalu.

Terdahulu Tegar Umum Isteri Hamil

Tegar berkata dia gembira apabila mengetahui mengenai kehamilan isteri itu dan berasakan Ramadan tahun ini cukup bermakna buat mereka sekeluarga.

“Alhamdulillah tahun ini diberi rezeki dan kepercayaan sama Allah. Di bulan Ramadan tahun ini Tegar ditemani isteri.

“Alhamdulillah… Allah memberi kepercayaan untuk Tegar menjadi seorang ayah,” katanya.

Penyanyi lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang ini memaklumkan mengenai kehamilan isteri itu menerusi Instagram miliknya.

Bersama kapsyen tersebut dia turut berkongsi foto alat ujian kehamilan.

Sementara itu, ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada pengikut yang turut teruja dengan khabar gembira itu.

Menjawab salah satu komen peminat, Tegar berkata dia mengimpikan untuk memiliki anak sulung lelaki.

“Nak lelaki,” jawab Tegar.

Tegar yang baru berusia 19 tahun mendirikan rumah tangga dengan Sarah Sheilka di sebuah lokasi di Jakarta, Indonesia pada 20 Mac lalu.

Tegar mula mencipta nama pada usia 11 tahun bermula daripada menjadi penyanyi jalanan.

Remaja itu kemudian berjaya mengubah nasib keluarganya yang hidup dalam keadaan kurang berkemampuan.

 

View this post on Instagram

 

Love you sayang😘

A post shared by T E G Δ R S E P T I Δ N ® (@tegar_official) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Usia 19 Tahun, Tegar Dah Jadi Ayah Kepada Bayi Lelaki"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*