Ratu Balqis Berhent1 Mer@tapi Pencer4ian

Ratu Balqis enggan meratapi kisah penceraiannya, kini bangkit dengan single baharu bertajuk Buaya.

Katanya dia kini lebih bersemangat kerana lagu tersebut menjadi titik tolak dirinya untuk terus maju dalam bidang nyanyian.

Bekas peserta program realiti Mentor Milenia 2017 itu berkata kepada Berita Harian,

“Saya tak mahu bersedih dan semakin fokus dengan kerjaya. Single Buaya adalah bukti saya serius untuk terus menyanyi. Jujurnya, nyanyian adalah jiwa saya.

“Saya menunggu hampir 10 tahun untuk menghasilkan single. Saya pernah menyertai banyak syarikat rakaman, tetapi semuanya tak menjadi selepas keluar program Mentor Milenia pada 2017. Alhamdulillah, sekarang baru berpeluang ada single sendiri.”

 

View this post on Instagram

 

udah siap ni sayang. 🤪 cepatan dong ah!! 😩

A post shared by MHI 💖 R4 (@r4tubalqis) on

Dia juga turut berterima kasih kepada pengurunya kerana membantu mengembalikan fokusnya selepas mendiamkan diri selama dua tahun.

“Saya kerap memuat naik lagu saduran menerusi laman Instagram sejak Februari lalu. Dari situ, Firdaus mempelawa saya untuk merakamkan lagu. Dialah yang mencari lagu untuk saya dan banyak menolong sehingga berjaya mengeluarkan single Buaya.

“Saya berterima kasih kepada Mimi Fly kerana sudi bekerjasama dengan saya. Bekerja dengan Mimi Fly sangat mudah dan single Buaya dapat dihasilkan dalam tempoh sebulan sahaja.”

 

View this post on Instagram

 

looking in my eye tell me what you see 🍂

A post shared by MHI 💖 R4 (@r4tubalqis) on

 

View this post on Instagram

 

Puja Buaya Mana Tah 🐊🤪

A post shared by MHI 💖 R4 (@r4tubalqis) on

Namun Balqis menafikan lagu Buaya itu adalah berkisahkan tentang bekas suaminya.

“Sudah tentu ia dari pengalaman sebagai wanita. Takkanlah seseorang tak pernah berjumpa dengan buaya?. Sememangnya, lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman saya, tetapi orang yang dimaksudkan bukan bekas suami.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Ratu Balqis Berhent1 Mer@tapi Pencer4ian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*