K3s COVID-19 Cecah Sejuta, Britain Umum Perintah Berkvrung Bvat Kali Kedua!

Perdana Menteri Britain, Boris Johson mengumumkan pelaksanaan perintah berkurung buat kali kedua di negara itu bermula Khamis ini sehingga 2 Disember depan.

Langkah mengejutkan itu dibuat selepas kes positif COVID-19 mencecah angka sejuta semalam.

Ia sekali gus menimbulkan kebimbangan berhubung kemungkinan sistem kesihatan negara itu akan lumpuh dan tidak mampu lagi menampung pertambahan kes menjelang Krismas.

Memetik laporan Daily Mail, keputusan itu dibuat selepas Boris mengambil kira pandangan sekumpulan pakar bahawa virus itu dijangka akan menyebabkan 85,000 kematian pada musim sejuk nanti.

Boris dilapor berkata, sekiranya situasi itu berlaku — petugas perubatan terpaksa memilih sama ada mahu menyelamatkan mangsa COVID-19 atau pesakit lain.

Antara larangan terbaharu dibuat kali ini termasuk menutup bar dan restoran, namun orang ramai masih boleh memesan makanan untuk dibawa pulang.

Semua premis perniagaan lain juga diarah tutup kecuali farmasi. Sekolah dan universiti pula akan terus dibuka seperti biasa.

Kes jangkitan di United Kingdom melepasi angka satu juta, selepas merekodkan hampir 22,000 kes baharu semalam.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "K3s COVID-19 Cecah Sejuta, Britain Umum Perintah Berkvrung Bvat Kali Kedua!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*