KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular, Datuk Aaron Aziz meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Singapura, malam tadi.
Isteri Aaron, Datin Diyana Halik mengesahkan punca kem4tian ibu mentuanya, Allahyarham Juriana Jaafar disebabkan ser4ngan jantung.
“Ya, Mummy meningg4l dunia di hospital di Singapura akibat ser4ngan jantung,” katanya ketika dihubungi BH Online.
Terdahulu, pelakon drama rantaian Jalan Sesat Ke Syurga ini turut berkongsi berita dvka pemergian ibunya di Facebook (FB) dan Instagram (IG).
“Innalillahwainailaihirojiuun. Ya Allah ambillah pahala daripada ibadat umrahku serta selamatkanlah ibuku dari seksa kubur dan api neraka. Ambillah segala kerja amalku untuk menemani ibu di Alam Barzakh.
“Tempatkanlah ibuku di antara hamba hamba Mu yang akan menikmati Jannahtul Firdaus A’la. Allahummaghfirlaha warhamha wa’afihi wa’fuanha. Saya sayang ibu lebih daripada segala-galanya di dunia ini,” katanya.
Sebelum ini, pemenang dua kali Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ini sering berkongsi keadaan kesihatan arwah serta memohon doa agar ibunya pulih seperti sedia kala.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT
Sumber:Berita Harian
PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.