Alif Satar Positif Covid-19

Sebentar tadi, selebriti serba boleh, Alif Satar, 30 telah memaklumkan satu khabar agak mengejutkan buat semua apabila dirinya positif wabak Covid-19.

Hal tersebut dimaklumkan sendiri Alif menerusi akaun Instagramnya dengan memaparkan keadaan semasa yang sudah pun berada di wad hospital.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)


Menerusi perkongsian tersebut, Alif yang telah beberapa kali menjalani ujian saringan menyatakan bahawa ujian yang terakhir dilakukan mendapati dirinya positif pandemik maut tersebut.

Dah beri nama kontak rapat kepada KKM

Bagi memastikan keselamatan dan mengelakkan sebarang penularan lebih teruk berlaku, pengacara Big Stage itu telah memberikan nama kontak rapat yang berhubung dengannya sepanjang tempoh 14 hari sebelum ini kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Perkara pertama bila alif dapat tahu keputusan ini adalah semestinya tahap keselamatan keluarga.. isteri dan anak-anak alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestingya contact-contact rapat yang telah berjumpa dengan alif. Alif juga telah memberi nama kepada pihak KKM” –Katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Mohon maaf atas kesulitan

Dikesempatan itu, dia turut memohon maaf diatas kesulitan yang berlaku dan berdoa agar semua pihak terhindar daripada pandemik Covid-19 ini.

“…dan alif mohon maaf atas segala kesulitan ini, dan alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah swt. Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan… p/s alif sekarang menjalani proses kuarintin.” Tambahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)


Terdahulu, Alif Satar baharu sahaja membuat persembahan dalam Semi Final Muzik-Muzik 35 (SFMM35) malam tadi dengan menyampaikan lagu I Want You To Love bersama The Locos.

Berita kesihatan pengacara ini pastinya amat mengejutkan kerana SFMM35 masih berbaki satu hari dan malam ini merupakan pengumuman 12 lagu yang bakal layak ke pentas Anugerah Juara Lagu ke 35 awal tahun hadapan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Alif Satar

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.