Siapa yang tidak mahu kerja mudah tapi dapat wang yang banyak, bukan? Ramai yang mula termakan dengan kata-kata manis untuk mendapatkan wang ‘percuma’ dengan melaksanakan beberapa tugas seperti tont0n dan ‘like’ serta tangkap layar skrin.
Sebelum ini, ahli Isharefans telah berk0ngsi bahawa diri mereka seperti dit!pu kerana tidak dapat mengeluarkan wang ganjaran mereka dalam website Isharefans.
Terbaharu, website Isharefans telah ‘lesap’ dan pastinya ahli-ahlinya yang telah melaburkan wang mereka sudah berasa gusar serta punah harapan mereka untuk mendapatkan modal.
apa khabar jutawan isharefans semuaaaaaa! sudah kaya atau sudah terciduk? pic.twitter.com/snIPVeu8WJ
— b i m〆 (@bimbimmmmmmmmm) December 1, 2020
isharefans & LikeShare secara rasmi telah lesap.
Website pun dah delete dari server. https://t.co/UhHPS15pcJ pic.twitter.com/wmY1n4lbV5
— Pelabur Bijak ® (@Pelabur_Bijak) November 30, 2020
Buat ahli yang tidak mengeluarkan modal mungkin tidak terasa tetapi bagi yang mengeluarkan modal sehingga RM9,000 dan belum menerima pulangan pastinya kecewa akan berita ini.
Akan tetapi, ada juga yang mengatakan website Isharefans lesap disebabkan penyelenggaraan sedang dilakukan dan akan pulih pada 12 Disember 2020. Susulan itu, satu ser.buan dilakukan ke atas premis berkenaan di sekitar ibu kota dan mendapati pejabat berkenaan kosong.
Kesiannya. My friend bagitau likeshare tu server down sebab maintenance sampai 12/12. Tengok la cemana nanti😌
— Mimi Nazri ♥ (@mimiemomoe) November 30, 2020
Menurut lap0ran, hasil siasatan dan risikan yang dilakukan pihak polis mendapati premis terbabit sudah ditutup sejak 9 November lalu. Malah, polis sudah mengenalpasti individu warga tempatan yang menjadi dalang skim pelaburan berkenaan.
Pastinya, dengan berita pengeluaran wang KWSP, skim-skim pen!puan akan tumbuh bak cendawan dan mengumpan mereka yang terdesak mahukan wang. Diharap anda diluar sana akan lebih bijak dan berhati-hati.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT
Sumber:The v0cket, Twitter
PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.