“Alr M4ta Ayah”Ank Mahu Pulang Ke Bandar Bvat Netizen Sebak

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah kekal selamanya. Begitulah gambaran betapa kasihnya ibu bapa kepada anak-anak.

Mereka menatang anak-anak bagai minyak yang penuh dan sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anak tercinta.

Tidak tergambar betapa kasihnya mereka hingga tidak terbalas jasa dan pengorbanan mereka hingga ke akhir hayat.

Ayah hantar hingga ke pintu kereta

Didikan dan kasih sayang diberikan oleh mereka dari kecil hingga ke besar dan sehingga anak-anak mendirikan rumah tangga.

Namun, kasih ayah dan ibu tidak berganjak sedikitpun walaupun anak mereka sudah mempunyai keluarga sendiri.

Walaupun mereka merindui anak-anak yang berhijrah ke kota, dengan sabar mereka  menghitung hari menunggu kepulangan anak-anak dan cucu ke desa.

Menangis sebelum tutup pintu kereta anak

Berat mata memandang, berat lagi rindu yang tertanggung oleh mereka. Tiada apa yang diminta oleh ibu bapa selain kasih sayang dan perhatian oleh anak-anak.

Menerusi perkongsian seorang wanita di aplikasi TikTok, satu video memaparkan kesedihan seorang bapa apabila anaknya mahu kembali ke rumah masing-masing.

Ayah menahan sebak di pintu kereta

Puan Nora berkongsi video ayahnya yang sedang berdiri di sebelah kereta sebelum berpisah dengan keluarga anaknya.

Dengan kesedihan yang jelas terukir di wajahnya, si bapa sempat menahan sebak saat melambai hiba anaknya yang mahu pulang.

Lebih satu juta tontonan

Video tersebut turut mendapat perhatian umum sehingga meraih lebih dari satu juta tontonan dan seratus ribu tanda suka setakat ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media KL (@mediakl.my)


Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa rindu pada ibu bapa mereka.

Ada diantaranya meluahkan betapa rindunya mereka kepada ibu bapa yang telah pergi buat selama-lamanya.

Semoga kisah ini menjadi contoh dan pengajaran kepada kita. Luangkan masa yang ada pulang ke kampung halaman bertemu ibu dan bapa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:https://theupdatenews24.com/

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.