Bukan Saja Cantik Dan Ternama, MARIAN RIVERA Berhati Mulia, Sanggup Kelvar Pel0h Masak Untuk FRONTLINERS

Pelakon cantik Filipina ini memang terkenal dengan keluhuran budi serta sering melakukan kerja-kerja amal di negaranya. Marian Rivera, sebelum ini sering turun padang mengembirakan kanak-kanak sumb1ng menerusi Smile Train Philippines Foundation.

Sempena sambutan Hari Ibu tahun lalu, selebriti yang berusia 35 tahun ini telah menghasilkan coklat dan hasil jualannya disalurkan kepada yang memerlvk4n. Salah satunya adalah dengan menyumbang kepada kanak-kanak yang dilahirkan sumb1ng.

Terbaharu, isteri kepada aktor kacak Dingdong Dantes ini telah menzahirkan penghargaan kepada para petugas hadapan yang bertungkus-lumus memutuskan rantaian pandemik c0v1d-19. Marian bersama suaminya telah mengambil inisiatif menyediakan makanan untuk mereka yang bertugas di h0sp1tal Besar Quezon City, Filipina.

Ibu kepada dua orang anak yang comel ini masak sendiri resipi istimewa warisan keluarganya untuk 200 orang para petugas barisan hadapan di h0sp1tal tersebut. Suaminya turut membantu membungkus makanan istimewa tersebut seperti dalam video yang dikongsinya di laman Instagram.

“Makanan pada malam ini adalah signature dish keluarga saya yang dikenali sebagai Menudo. Resipi ini telah diturunkan kepada saya melalui ibu. Terima kasih frontliners yang banyak berkorban untuk kami semua. Stay safe everyone!” coret pelakon yang mempunyai darah kacukan Sepanyol-Filipina ini.

Marian yang pernah berlakon dalam drama MariMar ini kelihatan turut menulis sendiri nota penghargaan kepada para frontliners yang diletakkan di atas bungkusan makanan sebelum diagihkan.

Selain itu, wanita yang sering melemparkan senyuman manis ini turut mengendalikan perniagaan membekalkan bunga-bunga segar yang dikenali sebagai Flora Vida by Marian.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:nona

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.