“Nikah Dah La T4k Jadi” Ini Pekerjaan Terkini Penyanyi Renggo Untuk Tamp0ng Keluarga

BUKAN membawa diri sebaliknya mencari peluang dan kehidupan baru luar dari kota metropolitan.

Ada kisahnya penyanyi kumpulan Arrow, Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zain Ramli, 51 tahun bertapak di Kampung Sungai Petai di Pasir Puteh, Kelantan sejak lebih sebulan lalu.

Renggo ketika ditemui Astro Awani menjelaskan, beliau sebenarnya ingin mencari tapak perniagaan baru luar Kuala Lumpur selepas menyedari perniagaan kedai makan dan roti canainya di

Kepong terkesan kerana persaingan perniagaan.

Dalam mengintai peluang perniagaan di Pantai Timur, Renggo pada mulanya memilih Terengganu untuk bertapak.

“Saya duda ketika itu … dapat seorang wanita yang sudi nak bersuamikan saya di Terengganu, katanya mahu duduk Terengganu bersama wanita itu, takdir Allah tak jadi nikah, batal nikah tak ada jodoh” katanya ketika ditemu bual di Astro Awani, baru-baru ini.

“Tak jadi nikah saya buat keputusan pindah ke sini Pasir Puteh, tengok kedai di Sungai Petai ini sesuai, selepas bincang dengan bapa saudara di sini, saya buat keputusan bertapak di sini” kata vokalis Arrow, kumpulan yang sinonim dengan lagu, Aku Tak Marah itu.

Kedai Makan Santai Renggo Arrow kini beroperasi di Pasir Puteh, Kelantan. – Foto Astro AWANI

Selepas mengambil bahagian dalam program realiti Kilauan Emas 4 terbitan Astro tidak lama dahulu, Renggo mengambil keputusan membuka keda makan dan roti canai di Puchong, namun kini perniagan kedai makan di Puchong diserahkan kepada kawannya juga seorang artis dari kumpulan CRK untuk diteruskan.

Pilihannya bertapak di Sungai Petai dirasakan tepat, apatah lagi kehidupan di sini aman, tenang dan mempunyai ruang masa.

” Di Kelantan ini tanah dia sejuk, tak berapa bimbang dalam soal sosial anak anak, bahkan beliau menyasarkan untuk berada di kampung kerana bukan sasarannya untuk capai sesuatu yang luar kemampuannya” katanya.

TIDAK PERNAH PUTUS ASA

Namun, Renggo tidak menyangka jualan hasil air tangannya menebar roti canai lumayan bahkan roti canainya kini laris dijual sekitar 200-250 keping sehari.

“Tak sangka buka kedai si kawasan kampung, sambutan dia luar jangka, orang datang tak putus putus dari serata Kelantan, saya bermula seratus keping sekarang dan nak cecah 300 keping roti canai” tambahnya.

KARIER MUZIK TIDAK DIABAIKAN

Bercakap mengenai bidang nyanyian, Renggo berkata, kerja sebagai penyanyi tidak terhenti sebaliknya beliau meneruskan minatnya itu.

Baru-baru ini, Renggo telah melancarkan single album terbaharu berjudul Kekasih Syurgawi yang sudah mula berkumandang di saluran YouTube.

“Lagu ini saya buat khas untuk semua wanita, tidak kira kategori apa, janda ke, ibu ke, dara ke, lagu ini sudah mula mula bermainndi corong radio” katanya

Beliau turut menerima undangan menyanyi namun disebabkan PKP, undangan nyanyian jarang diterima.

2020] Ringgo (Arrow) – Sendu Di Hatimu Rindu Di Jiwaku

Ringgo (Arrow) Mahu Dikenali Sebagai Zain

Bekas vokalis kumpulan Arrow iaitu Ringgo tidak mahu dibayangi dengan kumpulan tersebut dan kini mahu dikenali sebagai Zain.

Ringgo atau nama sebenarnya Mohd Zain Ramli, 45, berkata, sekiranya menggunakan nama komersial yang sama, dia akan masih lagi ‘tersekat’ ketika zaman kegemilangannya pada tahun 1990-an.

“Saya mahu membuat penjenamaan semula nama saya dalam industri muzik tempatan dan kalau boleh saya enggan menggunakan nama Ringgo lagi. Ia akan mengingatkan saya serta peminat dengan Arrow.

“Lebih baik saya menggunakan nama Zain, kemunculan baru saya selepas sekian lama menyepi,” katanya kepada mStar Online.

Dia pernah popular sekitar tahun 90-an dengan lagu-lagu jiwang antaranya Sendu Di Hatimu Rindu Di Jiwa Ku, Aku Tak Marah dan Niat Di Hati Tak Nak Berpisah.

Tambahnya, dia juga bersyukur, peluang sehingga mendapat tempat kedua menerusi pertandingan program Kilauan Emas musim keempat pada Rabu lalu memberikan dia peluang lebih luas untuk memulakan tapak sebagai anak seni semula.

“Selepas kejayaan di Kilauan Emas, takkan saya nak sia-siakan peluang yang ada, apatah lagi isteri saya banyak berkorban sepanjang tiga bulan penglibatan diri dengan program itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:http://trendingsangat.pw/

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.