“Cepatlah Kita Mandi Laut, Kang Nanti Aku M4ti Dalam Kempunan”, Kata-Kata Terakhir M4ngsa L3mas

” Cepatlah kita mandi laut, kang nanti aku m4ti dalam kempunan,”

Itu permintaan Wan Nashaifudin Wan Latif sebelum dia dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Jambu Bongkok, petang semalam.

Wan Nashaifudin, 48, dari Kampung Tuk Bat, Batu 24, Kuala Berang dikhuatiri lem4s ketika mandi bersama enam lagi rakannya di pantai terbabit pada 6.15 petang.

Rakan sekampungnya, Ezzuan Nazrin Mohd Risa, 42, yang tinggal di Pusat Jagaan Baitul Cakna, Jambu Bongkok berkata, rakannya itu datang ke situ untuk melawatnya sejak petang kelmarin.

” Dia rakan baik saya sejak kecil. Sudah beberapa kali dia datang melawat saya di sini, namun tak pernah mandi di pantai.

” Kali ini dia datang, dia beritahu niatnya semata-mata hendak mandi lalu dan mengajak saya dari awal pagi, namun saya tidak layan kerana ombak besar,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, malam tadi.

Ezzuan berkata, selepas beberapa kali didesak, dia akhirnya bersetuju dan turun ke pantai itu pada 6 petang dan menasihati m4ngsa supaya bermain di tepi pantai sahaja.

Katanya, mereka bertujuh bermain di tepi pantai dan 15 minit selepas itu, dia meminta m4ngsa dan rakan lain naik untuk pulang ke rumah.

” Kami semua naik ke daratan dan mangsa tiba-tiba berlari dan terjun semula ke laut dan ketika itu saya berlari menariknya dan meminta dia naik.

” Bagaimanapun, dia semakin hanyut ke laut dan saya sempat berenang untuk menyelamatkannya dan dia sempat berpaut pada saya sehingga saya turut l3mas.

” Saya menj3rit beberapa kali meminta rakan lain menol0ng namun mereka tidak berani. M4ngsa akhirnya melepaskan pelukan pada badan saya sebelum saya berenang naik ke daratan,” katanya.

Gambar, bot Penggalang 45 Maritim Malaysia digerakkan membantu operasi SAR dua m4ngsa l3mas di Pantai Kelulut dan Jambu Bongkok.- Foto/Ihsan Maritim Malaysia

Menurutnya, dia turun semula ke laut dan mengekori m4ngsa yang semakin hanyvt ke laut dalam keadaan tengg3lam timbul.

Katanya, dia meminta rakan mendapatkan bantuan penduduk kampung dan dia terus mengekori m4ngsa sambil berharap dia dibawa semula ombak ke daratan.

” Saya mengekorinya sehingga dia h4nyut kira-kira satu kilometer sebelum dia tenggelam serta h1lang daripada pandangan.

” Ketika berbual pada malam sebelum kejadian, dia berkelakuan pelik dengan kerap bertanya khabar orang kampung.

” Dia minta saya menyampaikan salam kepada semua orang kampung yang mengenalinya dan meminta orang kampung memaafkannya,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Hmetro

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.