Foto Lelaki Tua Menangls Di Lvar Bank Greece Tarik Perhatian Dvnia

THESSALONIKI, GREECE – Seorang pesara yang terpaksa beratur di tiga buah bank semalam semata-mata untuk mengeluarkan wang simpanannya, bagaimanapun hanya mampu terduduk dan menangis.

Menurut laporan AFP, Giorgos Chatzifotiadis, 77, yang tidak dibenarkan mengeluarkan wang 120 euro (RM505.24) menangis kerana tidak tertahan ‘melihat negaranya berada dalam kesusahan’.

“Sebab itulah saya berasa terpukul, lebih daripada masalah peribadi saya sendiri,” kata Chatzifotiadis kepada wartawan.

Sebuah foto yang ditangkap jurugambar menunjukkan Chatzifotiadis terduduk sambil menangis bersama buku bank dan kad pengenalan di atas lantai.

Foto tersebut menunjukkan bagaimana rakyat biasa di Greece terseksa akibat masalah hutang negara.

Sebelum ini, Athens terpaksa mengawal hartanah dan menutup semua bank sejak Isnin lepas untuk mengelakkan pengeluaran wang yang banyak.

Bagaimanapun, beberapa bank bertindak membenarkan pesara yang tidak memiliki kad bank untuk mengeluarkan wang simpanan yang dihadkan kepada 120 euro bagi setiap pengeluaran.

Difahamkan, Chatzifotiadis dan isterinya bekerja keras di sebuah lombong di Jerman sebelum bertukar ke sebuah kilang.

“Saya nampak rakyat meminta sedekah untuk membeli roti. Saya nampak satu demi satu kes bunuh diri berlaku.

“Saya seorang yang sensitif. Saya tak mampu lihat negara saya dalam keadaan sebegini,” tambah Chatzifotiadis.

“Eropah dan Greece sudah buat banyak kesilapan. Kita harus mencari penyelesaiannya,” kata beliau lagi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Mynewshub

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.