Bolehkah Ambil Tndakan Undang2 Jika Isteri Atau Suami Hlang Perasaan Cinta? Ini Jawapan Pegvam

Hati yang berubah dan kasih yang pudar.

Antara soalan yang kerap juga ditanyakan kepada saya adalah berkenaan tindakan terhadap pasangan yang berubah hati atau kasih yang kian pudar.

Ada atau tidak undang-undang yang boleh melarang atau adakah terdapat undang-undang yang boleh menghukum atau memberikan denda kepada mereka yang hilang rasa sayang atau cinta kepada kekasihnya?

Bila kita terlalu sayang dan cinta kepada pasangan kita tetapi dia pula kian pudar, terasa seperti bertepuk sebelah tangan. Cinta yang dulunya sama-sama disemai dan dibina dan kini tinggal kita seorang sahaja yang mempertahankan.

Bukannya mudah. Sentiasa dirundung rasa kecewa dan kesedihan. Pasti kita terfikir di mana silapnya, di mana kurang. Mana perginya sayang dan cinta yang dahulunya ada?

” Puan, suami saya ingin berkahwin lagi. Saya izinkan dan suami saya juga beri nafkah untuk saya dan anak-anak tetapi dia tidak mahu pulang.

” Bolehkah jika saya dapatkan perintah dari mahkamah untuk meminta dia pulang dan melayan saya seperti biasa?”, tanya seorang wanita.

Bukan sahaja isteri, ada juga melibatkan suami

Kes-kes begini bukan sahaja wanita yang melaluinya tetapi banyak juga si suami yang meminta khidmat nasihat kerana kes begini. Apakah ada undang-undang yang melindungi?

” Puan, saya dapati isteri saya ada hubungan dengan orang lain. Saya memaafkannya tetapi saya hendak dia berubah, saya hendak dia sama seperti dahulu. Apakah tindakan undang-undang yang boleh saya ambil?”

Bukan seorang dua bertanya soalan jenis yang begini. Banyak juga soalan begini. Adakala sempat saya bertanya soalan untuk mendapatkan kepastian fakta sebelum saya memberikan nasihat.

Saya bukanlah seorang peguam syariah tetapi hal-hal berkenaan isu begini, ada jalannya bila isteri mempunyai hubungan dengan lelaki lain, si suami boleh memfailkan nusyuz.

Jika suami tidak memberi nafkah, ada permohonannya di mahkamah. Tetapi undang-undang ini untuk mengarahkan mereka menjalankan tanggungjawab atau menghukum mereka yang gagal atau lalai menjalankan tanggungjawab.

Tetapi undang-undang tidak boleh memaksa kasih sayang dan cinta. Undang-undang juga tidak boleh memaksa kesetiaan dan ketaatan atau rasa yang hilang. Hati dan perasaan itu, tidak boleh dikawal oleh undang-undang.

Kadang-kadang saya kesian pada pasangan-pasangan ini, sewaktu berbual sebentar dengan mereka.

Jelas, kekecewaan dan remuk hatinya dek kerana perbuatan pasangan yang menduakan tetapi dalam hal begini saya tidak boleh memberi nasihat yang mengula-gulakan atau memberi harapan yang tidak benar. Saya berikan jawapan yang jujur.

Apalah yang dapat kita lakukan jika rasa telah hilang? Saya berikan jawapan tentang hak dari segi undang-undang tetapi tentang kasih dan sayang, saya maklumkan perlu usaha merujuk kepada kaunseling jika pihak sana bersetuju atau pejabat agama.

Jika masih enggan juga, terpaksa mula melatih diri untuk kuat dan tabah serta melepaskan dan bangkit semula untuk memulakan hidup baru.

Bagaimana hendak memaksa untuk orang menyayangi dan mencintai kita?

Kalau diikat sekalipun di rumah atau dipaksa juga, mana mungkin mengembalikan rasa yang telah hilang.Ada sesetengah dalam dunia ini, bukan semua undang-undang dapat mengawalnya terutama tentang hal hati dan rasa cinta.

Begitulah tentang hati dan perasaan, tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dan tidak boleh juga dikawal dengan undang-undang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:FB Nor Zabetha

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.