Syed Saddiq Sanggup Botakkan Kepala Jika Dapat Capai Ini?

Nampaknya Syed Saddiq benar-benar nekad dan bersungguh-sungguh untuk membantu warga Muar yang tidak berkemampuan. Terbaru, Saddiq menawarkan dirinya akan membotakkan kepalanya jika berjaya mendapatkan sumbangan mencecah RM200,000.

Keputusannya itu yang dianggap sebagai bernazar, sebagai kempen untuk mengutip dana bagi membeli sebuah komputer riba untuk 100 orang pelajar dalam kawasan parlimen beliau.

Sehingga artikel ini ditulis, sumbangan ini telah mencapai RM61,410 dalam tempoh 24 jam.

Saddiq melancarkan kempen #1keluarga1laptop tersebut dengan matlamat setiap keluarga di Parlimen Muar akan memiliki sebuah komputer riba untuk kegunaan anak-anak mereka.

Jika dilihat pada IG Stories beliau, nampaknya ramai yang sudah menghulurkan bantuan wang. Sebelum ini melalui cara yang sama Syed Saddiq telah berjaya menyumbangkan sebuah komputer riba kepada 100 orang pelajar di kawasan beliau.

Kesemua penerima komputer riba berkenaan terdiri daripada pelajar dari golongan keluarga berpendapatan sederhana dan rendah serta telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:murai.my

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.