Terjawab Akhirnya, Neelofa Dedah Terkena Mnyak Png4sih Dan Beri RM1OOk Kpd PU Riz

Selepas menjadi tanda-tanya orang ramai, NeeIofa akhirnya bersuara menafikan semua pertudvhan mengenai dirinya yang didakwa sudah dinikahkan bapanya, secara dengan PU Riz di Kelantan.

Hos yang juga seorang usahawan itu juga menafikan dua pertudvhan lain termasuk telah memberi wang sebanyak RM100, 000 kepada kekasihnya itu serta telah terkena miny4k pengas1h dari PU Riz.

Berikut merupakan kenyataan rasmi yang diberikan NeeIofa sekitar pukul 7.55 malam tadi.

Kenyataan Rasmi Noor NeeIofa Mohd Noor

Berkenaan dengan perkara yang sedang tular semenjak petang sabtu semalam, pelbagai cerita dan andaian yang telah keluar tentang diri saya dan keluarga.

Berikut adalah penjelasan penuh berkaitan beberapa hal yang banyak dibualkan di media sosial. Saya berharap, semua pihak dapat memahami apa yang saya ingin sampaikan dan seterusnya tidak terus membuat andaian mengenai perkara yang tidak betul tentang diri saya, Haris serta keluarga kami.

Antara andaian dan tudvhan yang muncul di media sosial semenjak semalam adalah seperti berikut :

Kononnya terkena buatan miny4k pengas1h.

Cerita itu adalah tidak benar sama sekali dan sejujurnya, ia merupakan satu tudvhan yang amat berat.

Alhamdulillah, seperti yang anda lihat sekarang saya berada dalam keadaan baik, dan kesihatan yang terbaik. Saya berharap agar semua pihak dapat mendoakan kesihatan saya.

Kononnya saya memindahkan sejumlah wang yang agak banyak kepada Haris, Saya menyangkal tudvhan tersebut dan perkara itu adalah tidak benar sama sekali.

Kononnya saya telah pun melangsungkan perkahwinan dan telah dinikahkan oleh bapa saya sendiri di Kelantan.

Andaian ini juga adalah satu tudvhan yang sangat tidak benar dan tidak berasas.

Saya mohon kepada semua pihak untuk tidak terus menerima andaian berkenaan bulat-bulat dan mengambil masa sejenak untuk memahami ketidakwajaran tudvhan ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)


Bagaimana hubungan dengan PU Riz?

Sementara itu, mengenai status hubungan terkini saya dengan Haris, apa yang mampu saya katakan, setiap hubungan itu ada cerita-cerita yang tersendiri dan tidak manis untuk saya mengeluarkan kenyataan membelakangi ahli keluarga saya.

Apa yang mampu saya katakan, keluarga saya, dan keluarga Haris, kini dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian. Bagi saya, adalah lebih baik jika perkara ini diuruskan oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

Saya juga ingin mengambil kesempatan yang ada, ingin memohon maaf kepada pihak keluarga saya, keluarga Haris untuk segala perkara yang berlaku. Saya pasti, tiada siapa yang mahu berada dalam keadaan sebegini, lebih-lebih lagi kami masih belum pun ada apa sebarang ikatan.

Kepada keluarga saya, terima kasih yang tidak terhingga ingin saya ucapkan. Sokongan, kasih sayang yang ditunjukkan, teguran yang diberikan, saya hargai dengan setulus hati.

Sekali lagi, saya mohon kerjasama semua pihak untuk sama-sama memahami dan dapat memberikan saya ruang yang sewajarnya. Harap perkara ini tidak lagi akan berpanjangan.

Terakhir, saya perlukan doa-doa anda buat saya. Terima kasih juga untuk segala sokongan yang diberikan. Saya sangat hargai.

Terdahulu, Gempak pada 1 November melaporkan NeeIofa sah dirisik PU Riz. Perkara itu disahkan sendiri oleh ibu NeeIofa, Noor Kartini menerusi entri di akaun Instagram miliknya.

Namun semalam, Noor Kartini telah memadam foto bersama Riz dan NeeIofa yang diambil ketika hari merisik tersebut dan kemudian pelbagai spekulasi timbul di kalangan netizen yang mengatakan hubungan mereka sedang dilanda ujian.

Malah, tinjauan Gempak juga mendapati ibu dan adik beradik NeeIofa telah berhenti mengikuti PU Riz di akaun media sosial mereka.

Walaubagaimanapun, tinjauan Gempak hari ini juga mendapati NeeIofa dan PU Riz masing-masing masih saling mengikuti akaun di Instagram mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.