“Tuan Rumah B4gi ‘Dress Code’, Kita H0rmati Permintaan Mereka”

Sejak Sabtu lalu hangat diperkatakan apabila pelakon dan pengacara terkenal Awal Ashaari memuat naik gambar bersama isteri, Scha Alyahya dan anaknya di Instagram meraikan Hari Krismas baru-baru ini.

Difahamkan, gambar tersebut diambil ketika menghadiri sambutan hari Krismas seorang kenalan. Bagaimanapun, netizen beranggapan tindakan Awal meraikan perayaan itu adalah tidak wajar dan bertentangan dengan akidah.

Tampil menjelaskan perkara tersebut, Awal berkata dia dan keluarga hadir ke majlis berkenaan bagi memenuhi jemputan rakan. Mengenai cara pemakaian, mereka hanya menghormati permintaan tuan rumah.

“Sebagai rakan, apabila mereka meraikan, mesti akan dijemput dan kita juga ingin menziarahi. Tuan rumah beri ‘dress code’, kita ikut untuk hormati permintaan mereka.

“Sama seperti Aidilfitri, kawan-kawan Cina, India dan Kristian akan datang beraya ke rumah kita memakai baju Melayu, baju kebaya dan ada memakai jubah. Mereka juga akan menjamu selera makan ketupat rendang yang mak kita masak.

“Mereka pun hormat agama kita. Mereka selalunya beli makanan di restoran yang halal. Jadi, kita rasa selesa. Mereka juga tak minum arak depan kita sebab hormat,” katanya.

Awal berkata gambar yang dimuat naiknya berlatarbelakangkan tempat yang sesuai dengan sambutan perayaan itu. Ujarnya, apa sahaja perayaan yang disambut ianya tidak akan mengubah agama seseorang.

“Apabila nak bergambar, mereka akan cari ‘spot’ yang cantik. Contohnya di dinding yang kita gantung kad raya, ketupat plastik dan lampu kelip kelip yang dibeli di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Mereka muat naik di Instagram untuk ucap dan cakap terima kasih sebab jemput mereka datang.

“Apabila pulang, mereka masih lagi dalam agama asal mereka, Buddha, Hindu atau pun Kristian. Mereka tidak automatik jadi Islam. Cuba ‘reverse’ situasi itu dan anda akan dapat jawapan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Rotikaya

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.